Breaking News
Home » Info Hiburan » Sinopsis Drama 7 Hari Mencintaiku Slot Akasia TV3

Sinopsis Drama 7 Hari Mencintaiku Slot Akasia TV3

Sinopsis Drama 7 Hari Mencintaiku Slot Akasia TV3. Peminat pelakon Shukri Yahaya dan Siti Saleha pastikan anda tidak ketinggalan menonton lakonan keduanya tidak lama lagi. Akan bersiaran pada bulan November 2016 di TV3. Drama ini diadaptasi dari novel yang juga bertajuk 7 Hari Mencintaimu karya Siti Rosmizah.

Sinopsis drama 7 Hari Mencintaiku
Drama 7 Hari Mencintaiku Slot Akasia TV3 mengandingkan Shukri Yahaya dan Siti Saleha

Akan bersiaran sebanyak 28 episod dengan meletakkan lagu Lelaki Teragung nyanyian Dayang Nurfaizah sebagai OST atau lagu tema pasti akan mencuri tumpuan penonton kepada drama 7 Hari Mencintaiku setiap isnin hingga khamis jam 7.00 malam.

Senarai Pelakon 7 Hari Mencintaiku
Shukri Yahaya, Siti Saleha, Ungku Hariz, Wan Sharmila, Zila Bakarin, Zarynn Min

Sinopsis Drama 7 Hari Mencintaiku
Mengisahkan Khuzairi lakonan Shukri Yahaya dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana lakonan Siti Saleha. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong Mia Adriana menyebabkan Khuzairi tidak pernah menyimpan impian untuk memilikinya. Mia Adriana bagaikan lupa, hidup ini ibarat putaran roda satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.

Apakah kesudahan drama 7 Hari Mencintaiku, saksikan di Slot Akasia TV3 bermula November ini.

Check Also

Drama Dia Bidadariku

Sinopsis Dan Senarai Pelakon Drama Dia Bidadariku

Sinopsis Dan Senarai Pelakon Drama Dia Bidadariku. Tonton lakonan Erra Fazira, Hisyam Hamid, Norman Hakim, …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *