Breaking News
Home » Info Hiburan » Pelakon Dan Sinopsis Diari Cinta Kita TV9

Pelakon Dan Sinopsis Diari Cinta Kita TV9

Siapa pernah menulis didalam diari? Pasti semua orang pernahkan. Tapi bukanlah berkaitan diari anda tetapi tentang drama di slot Azalea TV9 yang bertajuk Diari Cinta Kita. Akan bersiaran setiap hari Selasa hingga Ahad jam 8.30 malam bermula 16 Disember 2016 sebanyak 20 episod.

Siapakah pelakon yang akan menjayakan drama Diari Cinta Kita ini ? . Senarai pelakon yang akan terlibat adalah  Fezrul Khan, Tasha Shilla, Ayu Raudhah, Reen Rahim, Shajiry, Bell Ngasri, Nor Albaniah, Dato Ahmad Tarmimi Siregar, Azlee Senario, Roslan Salleh, Zalfa Zin, Illey Mohtada.

Sinopsis Diari Cinta Kita
Diari Cinta Kita Slot Azeala TV9

Sinopsis Diari Cinta Kita
Kisah berkisar tentang Doktor Aqilah yang ingin menyembunyikan perkahwinannya dengan suaminya kerana tidak mahu melukakan hati isteri pertama Hakim, Nurul Iman. Tambahan lagi, Aqilah tidak sanggup memberitahu kebenaran kepada Nurul Iman yang juga merupakan kawan baiknya. Nurul Iman dan Hakim sudah 7 tahun berkahwin namun mereka belum dikurniakan anak. Pelbagai usaha telah mereka lakukan untuk mendapatkan anak tetapi hasilnya tetap tiada. Walaupun tidak mempunyai cahaya mata, hidup mereka berdua seperti pengantin baharu dan tetap romantik setiap hari.

Nurul Iman disahkan mengidap kanser usus tahap satu menyebabkan dia mula murung. Nurul Iman terharu dengan kasih sayang dan perhatian yang diberikan oleh Hakim. Dia telah mendapat semangat baharu dan bertekad menjalani rawatan untuk sembuh. Hakim lebih kerap menemani Nurul Iman. Di situlah permulaan perkenalan Hakim dengan Doktor Aqilah yang merawat Nurul Iman. Kasih sayang yang ditunjukkan oleh Hakim dan Nurul Iman membuatkan Doktor Aqilah mula menyimpan perasaan terhadap Hakim. Walaupun dia sedar bahawa dia sudah bertunang dengan seorang lelaki lain, tetapi dalam hatinya ialah Hakim.

Apakah kesudahan cinta Doktor Aqilah dan kehidupan Nurul Iman bersama Hakim. Tonton drama Diari Cinta Kita setiap selasa hingga ahad jam 8.30 malam.

Check Also

Drama Dia Bidadariku

Sinopsis Dan Senarai Pelakon Drama Dia Bidadariku

Sinopsis Dan Senarai Pelakon Drama Dia Bidadariku. Tonton lakonan Erra Fazira, Hisyam Hamid, Norman Hakim, …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *