Breaking News
Home » Info Hiburan » Sinopsis Dia Isteri Luar Biasa

Sinopsis Dia Isteri Luar Biasa

Sinopsis Dia Isteri Luar Biasa. Satu lagi drama bersiri yang diadaptasi dari novel bakal disiarkan menerusi slot Akasia Tv3 bermula 18 Mei 2015 setiap jam 7.00 malam isnin hingga khamis. Pasti ramai yang akan ternanti-nanti akan drama ini apa lagi bagi mereka yang telah pun membaca novelnya.

Drama Dia Isteri Luar Biasa ini diadaptasi dari novel karya Umie Nadzimah bakal bersiaran sebanyak 28 episod. Dengan barisan pelakon yang hebat sudah pasti drama ini mampu menjadi fenomena atau viral seperti drama-drama slot akasia sebelum ini.

sinopsis dia isteri luar biasa
sinopsis dia isteri luar biasa

SENARAI PELAKON DIA ISTERI LUAR BIASA
Shukri Yahaya, Fathia Latiff, Keith Foo, Elizad Sharifuddin, Nonny Nadirah, Uqasha Senrose, Ardell Aryana, Ziela Jalil, Syatilla Melvin, Raja Farah, Afiq Muiz, Leez Rosli, Alexx Yanz, Lia Asmizza, Azza Elite , Supyan kepoh, Liza Abdullah, Nurul Aini, Shah Rezza

SINOPSIS DIA ISTERI LUAR BIASA
Mengisahkan kehidupan Dewi Yusra (Fathia) yang mencari suami sementara hanya bertujuan untuk mendapatkan anak. Dewi tidak percaya terhadap lelaki, kebencian Dewi terhadap lelaki terjadi akibat peristiwa silam yang masih menghantui dirinya apabila, ibunya menjadi mangsa kekejaman bapanya sendiri. Bagi Dewi dia mampu hidup tanpa cinta dari seorang lelaki, tetapi apabila Dewi perlu menjaga anak sahabat baiknya, Eda (Nonny Nadhirah) yang bernama Nina, terdetik di hati Dewi untuk memiliki zuriat. Kerana tidak mahu berkahwin, Dewi cuba untuk mendapatkan perkhidmatan kaedah IVF dan GTF dari klinik pakar perbidanan namun ditolak kerana menyalahi undang-undang dan juga agama. Lalu tercetus satu idea apabila Dewi meminta pertolongan daripada sahabat baiknya, Cik Kem atau Kamrul (Keith Foo) untuk mencari calon suami sementaranya. Kesemua calon suami yang diaturkan Cik Kem tidak menepati citarasa Dewi. Cik Kem, walaupun lembut turut menyimpan sedikit perasaan sayang kepada Dewi, tidak ketinggalan menawarkan diri untuk menjadi suami sementara Dewi tapi ditolak oleh Dewi.

Kehadiran Dr. Raden Amzar (Shukri Yahaya), seorang pensyarah dalam satu insiden yang tidak disengajakan di Heathrow, ketika penerbangan pulang dari London ke Kuala Lumpur mengikat Dr. Raden Amzar terus disisi Dewi. Tanpa Dewi sedari, Raden Amzar sebenarnya menyukai Dewi walaupun Dewi bukanlah wanita sempurna yang dicari tetapi dia yakin dia boleh membimbing Dewi. Dewi merancang sesuatu agar Raden Amzar dapat menjadi suami sementaranya. Apa yang dirancang berjalan lancar seperti yang dirancang. Dewi dan Raden Amzar ditangkap khalwat. Mereka bernikah secara rahsia tanpa pengetahuan keluarga Raden Amzar. Mampukah Raden Amzar mengubah pendirian Dewi terhadap lelaki dan mewujudkan rasa cinta dengan perkahwinan ini? Bagaimana pula penerimaan keluarga Raden Amzar terhadap Dewi?

sumber sinopsis

shukri Yahaya dan Nur Fathia
pelakon utama Dia isteri luar biasa shukri yahaya dan Nur fathia

Shukri Yahya dan Nur Fathia bakal menjadi hero dan heroin drama ini, mampukah mereka menyaingi hero dan heroin drama slot akasia sebelum ini. Dan paling penting apakah kesudahan drama ini.

Bagi yang ingin menonton secara online streaming boleh sahaja ke TV3 Online setiap isnin – khamis jam 7.00 malam.

Check Also

Miss Kapten Cikgu Waiz

Senarai Pelakon Drama Miss Kapten Cikgu Waiz

Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Miss Kapten Cikgu Waiz. Pastikan anda tidak ketinggalkan menonton drama …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *