Home » Info Hiburan » Sinopsis Dan Trailer Adnan Sempit 2

Sinopsis Dan Trailer Adnan Sempit 2

Sinopsis dan Trailer Adnan Sempit 2 | Adnan Sempit 2 | Tarikh Tayangan Adnan Sempit 2 – Adnan Sempit 2 bakal menyusul di pawagam bermula 23 Februari 2012.Filem ini merupakan sinambungan dari filem adnan sempit yang pertama.Antara pelakon utama adalah Shaheizy Sam(Adnan),Intan Ladyana(Nadia),Yana Samsudin(Wawa) dan Along Cham (Bobby).Berikut adalah sinopsis dan video traile filem Adnan Sempit 2.

SINOPSIS ADNAN SEMPIT 2 – Kisah mengenai hubungan Adnan dan Nadia selepas berjaya mengharungi pelbagai rintagan dan halangan dalam menjayakan hubungan mereka. Ayah Nadia, Datuk Isnin tidak merestui hubungan mereka dan meletakkan syarat yang mana dalam masa 30 hari, Adnan haruslah boleh bertutur dalam bahasa Ingeris dan merubah penampilan dirinya. Adnan yang mengalami kesusahan untuk berubah meminta bantuan Bobby untuk mengajar dan mengubahnya. Bobby selaku kawan baik Adnan sanggup menolong Adnan.Hubungan diantara Bobby dan Wawa juga mengalami masalah yang mana Wawa mula merasakan yang Bobby langsung tidak berubah dan tidak berusaha demi hubungan mereka. Perkara yang sama berlaku kepada Adnan dan Nadia. Datuk Isnin cuba untuk mensabotaj usaha Adnan untuk berubah dengan menghantar Fendi, sepupu Nadia untuk menggoda Adnan dan membuat Nadia merasa sangsi dengan kejantanan Adnan. Rancangan Datuk Isnin berjaya dan Nadia mula menjauhkan diri daripada Adnan. Adakah Adnan dan Nadia akan bersatu? Mampukah Wawa dan Bobby mempertahankan cinta mereka? Adakah Adnan mampu bercakap dalam bahasa Inggeris?

VIDEO TRAILER ADNAN SEMPIT 2

Jom saksikan Adnan Sempit 2 ..dimana ada highway disitu ada tol

Check Also

sinopsis Drama Cucu Tauke Beras

Drama Cucu Tauke Beras

Sebuah lagi drama menarik akan disiarkan menerusi slot dahlia TV3. Drama Cucu Tauke Beras ini …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *