Home » Info Hiburan » Sinopsis Dan Senarai Pelakon Drama Dia Bidadariku

Sinopsis Dan Senarai Pelakon Drama Dia Bidadariku

Sinopsis Dan Senarai Pelakon Drama Dia Bidadariku. Tonton lakonan Erra Fazira, Hisyam Hamid, Norman Hakim, Raja Ilya dan ramai lagi pelakon hebat dalam drama terbaru di Astro Ria 104 dan Astro Ria HD 123.

Sinopsis dan Senarai pelakon Drama Dia Bidadariku Astro Ria
Sinopsis dan Senarai pelakon Drama Dia Bidadariku Astro Ria

Drama Dia Bidadariku mula bersiaran pada 6 mac 2017 pada setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 10.00 malam. Drama ini mempunyai 13 episod terbitan Skop Production Sdn Bhd yang diarahkan oleh Aziz M Osman.

Senarai Pelakon Dia Bidadariku
Drama ini dibintangi oleh pelakon popular dan hebat dimana sudah pasti mampu menghidup jalan cerita mengikut watak masing-masing. Dibawah adalah senarai barisan pelakon dan watak mereka.

Erra Fazira sebagai Suri
Hisyam Hamid sebagai Ammar
Norman Hakim sebagai Ridzal
Tisha Shamsir sebagai Qaseh
Wan Raja sebagai Khalif
Raja Ilya sebagai Suzanna
Salina Saibi sebagai Rita
Dian P. Ramlee sebagai Maryam

Sinopsis Drama Dia Bidadariku
Drama ini mengisahkan tentang Suri watak lakonan Erra Fazira yang dianggap andartu kerana hatinya telah tertutup untuk menerima lelaki selepas putus tunang 15 tahun yang lalu. Namun kisah Dia Bidadariku bermula apabila bekas tunang Suri iaitu Ridzal lakonan Norman Hakim telah datang kembali untuk merebut cintanya. Namun disamping kehadiran bekas tunang turut muncul adalah seorang jejaka bernama Ammar lakonan Hisyam Hamid yang turut cuba untuk memenangi hati Suri. Dapatkah Ammar untuk mendapatkan cinta Suri yang telah lama dingin itu atau Ridzal kembali bertahta dihari Suri?

Saksikan kesudahan drama Dia Bidadariku di Astro Ria dengan lagu tema atau OST nyanyian Elizabeth Tan bertajuk Tabah.

Artikel Berkaitan

Senarai Pelakon Drama Miss Kapten Cikgu Waiz Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Miss Kapten Cikgu Waiz. Pastikan anda tidak ketinggalkan menonton drama terbaru di slot Lestary TV3. Drama ini baka...
Pelakon Dan Sinopsis Suamiku Paling Sweet Pelakon Dan Sinopsis Suamiku Paling Sweet. Satu lagi drama terbaru dari adaptasi novel akan menemui anda di Slot Akasia TV3. Akan mula bersiaran pada ...
Pelakon Dan Sinopsis Urusan Hati Cik Drama Queen Pelakon Dan Sinopsis Urusan Hati Cik Drama Queen. Satu lagi drama menarik yang diadaptasi dari novel akan disiarkan di Astro Ria menerusi saluran Astr...
Sinopsis Di Pintu Syurga Cerekarama TV3 Sinopsis Di Pintu Syurga Cerekarama TV3. Sempena Anugerah Juara Lagu ( AJL ) yang akan berlangsung, TV3 akan menyiarkan drama Di Pintu Syurga yang jug...

Check Also

Miss Kapten Cikgu Waiz

Senarai Pelakon Drama Miss Kapten Cikgu Waiz

Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Miss Kapten Cikgu Waiz. Pastikan anda tidak ketinggalkan menonton drama …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *