Breaking News
Home » Info Hiburan » Sinopsis Dan Pelakon Drama Shhh I Love You

Sinopsis Dan Pelakon Drama Shhh I Love You

Sinopsis Dan Pelakon Drama Shhh I Love You. Lain macam pula tajuk drama terbaru slot Akasia TV3 kali ini. Ala-ala ucap i love you bisik-bisik macam tu. Apakah kisah yang akan dipaparkan kali ini dengan drama yang diterajui oleh Gambit Saifullah dan Elvina Mohamad ini.

sinopsis dan pelakon drama shhh i love you
sinopsis dan pelakon drama shhh i love you

Untuk makluman drama shhh… I Love You ini adalah adaptasi dari novel karya Farisya Natasha. Bakal mula ditayangkan di slot Akasia TV3 pada 3 April 2017 bermula jam 6.58 petang setiap isnin hingga khamis sebanyak 28 episod.

Senarai Pelakon Drama Shhh I Love You
Gambit Saifullah sebagai Kapten Aidan
Elvina Mohamad sebagai Nur Nadia Omar
Tash Yong sebagai Sumayyah
Hafreez Adam sebagai Naufal
Aien Zahalan sebagai Diana
Hani Nazrina sebagai Ain
Bella Nazari sebagai Sumaira

Biodata Elvina Mohamad

Sinopsis Shhh I Love You
Shhh… i Love You mengisahkan tentang Nadia dan Aidan yang berjumpa pertama kali di kedai dan ingin dijodohkan oleh adik-adiknya. Perkenalan yang singkat membuatkan Aidan nekad untuk menjaga Nadia kerana ada suatu rahsia disebaliknya. Nadia sebenarnya sebelum ini merupakan pesakit jantung dan kini memiliki jantung bekas tunang Aidan yang sudah tiada. Dan kerana itu, Aidan mengahwini Nadia tanpa ada perasaan cinta. Kemelut melanda apabila segala rahsia terbongkar. Nadia cuba meraih cinta Aidan. Mampukah rumah tangga mereka bertahan?

Apakah kesudahan kisah mereka berdua. Mampukah bisikan shhh i love you sampai kehati mereka. Saksikan di slot Akasia TV3.

Check Also

Drama Dia Bidadariku

Sinopsis Dan Senarai Pelakon Drama Dia Bidadariku

Sinopsis Dan Senarai Pelakon Drama Dia Bidadariku. Tonton lakonan Erra Fazira, Hisyam Hamid, Norman Hakim, …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *