Breaking News
Home » Info Hiburan » Sinopsis Cinta Teruna Kimchi

Sinopsis Cinta Teruna Kimchi

Sinopsis Cinta Teruna Kimchi. Satu lagi drama terbaru yang menarik buat peminat drama melayu yang akan bersiaran di TV3 menerusi slot Zehra. Drama yang membariskan pelakon seperti Nazim Othman, Johan As’ari, Nur Risteena dan Niena Baharun akan mula disiarkan pada 28 Januari 2016 jam 9.00 malam setiap rabu hingga jumaat.

Sinopsis Cinta Teruna Kimchi
Sinopsis Cinta Teruna Kimchi lakonan Nazim Othman sebagai pemuda Korea
SINOPSIS

Drama Cinta Teruna Kimchi ini mengisahkan tentang pergolakan emosi Kang Ye Jun lakonan Nazim Othman, seorang mahasiswa separa Korea di mana dia sering mendapat mimpi yang bakal membawanya lebih dekat dengan cinta kepada Tuhan.

Kehilangan ayah sejak kecil menjadi misteri buat Kang Ye Jun. Ibunya banyak berahsia hingga menyebabkan Kang Ye Jun keliru mengenai dirinya. Namun segalanya berubah apabila dia menemukan sekeping gambar lelaki berkopiah yang disorokkan ibunya. Hatinya kuat mengatakan bahawa lelaki itu adalah ayahnya dan beragama Islam. Lantaran itu, dia mula menjejak ayahnya. Dia nekad berhijrah dari Korea ke Malaysia untuk pencariannya itu.

Saksikan kesudahan kisah menarik dan perjalanan cinta Kang Ye Jun dalam Cinta Teruna Kimchi. Peminat drama Korea wajib tonton sebab ada sikit-sikit kisah korea dari watak yang dibawa oleh Nazim Othman.
Dengarkan OST drama ini , Lagu Cinta oleh Asmara 

Check Also

Miss Kapten Cikgu Waiz

Senarai Pelakon Drama Miss Kapten Cikgu Waiz

Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Miss Kapten Cikgu Waiz. Pastikan anda tidak ketinggalkan menonton drama …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *