Breaking News
Home » Info Hiburan » Sinopsis Cinta Masam Manis Akasia TV3

Sinopsis Cinta Masam Manis Akasia TV3

Sinopsis Cinta Masam Manis Akasia TV3. Pengemar drama melayu pasti menantikan kemunculan drama terbaru slot Akasia di Tv3 pada bulan September 2016. Drama ini bakal mengandingkan pelakon berpengalaman Zamarul Hisham dan Izara Aishah. Cinta Masam Manis akan bersiaran sebanyak 24 episod.

Senarai pelakon yang akan menjayakan drama Cinta Masam Manis adalah Izara Aishah, Zamarul Hisham, Shah Jaszle, Sweet Farhanna, Nur Alis Maria, Raja Ilya, Rahim Omar, Wan Nur Azlin, Liza Abdullah, Syaffiq Sahli, Ku Faridah, Mimi Ernida, Nu’man Salleh, Erry Putra, Tash Yong.

Drama Cinta Masam Manis gandingan Zamarul dan Izara di Akasia TV3
Drama Cinta Masam Manis gandingan Zamarul dan Izara di Akasia TV3

SINOPSIS CINTA MASAM MANIS
Drama ini mengisahkan Hisham lakonan Zamarul seorang duda yang mempunyai dua orang anak iaitu Hanna, 18 tahun dan Hanis, 12 tahun. Bekas isterinya, Tasha meninggalkan beliau untuk meneruskan kejayanya di luar negara. Sejak dari itu, keutamaan diberikan kepada anaknya dan mendapati dirinya sukar untuk jatuh cinta lagi sehinggalah dia bertemu dengan Zaleha. Zaleha adalah seorang gadis muda ceria yang 20 tahun lebih muda daripada Hisham. Kedua-dua mereka jatuh cinta tetapi terperangkap dalam konflik di antara anak-anak, keluarga dan bekas isteri.

Apabila Hisham memperkenalkan Zaleha kepada anak-anaknya, Hanna menentang sekeras-kerasnya hubungan mereka kerana merasakan Zaleha hanya mengejar kekayaan ayahnya. Tambahan pula, perbezaan umur antara mereka tidak terlalu jauh membuatkan Hanna tidak senang. Sebaliknya, Hanis berasa gembira buat ayahnya kerana dia merasakan tiba masanya untuk ayahnya mengecapi kebahagian sendiri.

Malangnya, bukan sahaja Hanna tidak bersetuju dengan hubungan mereka, ibu Zaleha, Faridah turut menentang kerana mahu sepadankan Zaleha dengan anak kawan baiknya, Erman. Lebih teruk lagi, apabila Tasha kembali menagih cinta Hisham. Melihat situasi tersebut, Faridah berkomplot dengan Tasha untuk memisahkan Hisham dan Zaleha.

Saksikan kesudahan drama Cinta Masam Manis setiap Isnin hingga Khamis jam 6.58 malam di Akasia TV3.

Check Also

sinopsis dan pelakon shhh i love you

Sinopsis Dan Pelakon Drama Shhh I Love You

Sinopsis Dan Pelakon Drama Shhh I Love You. Lain macam pula tajuk drama terbaru slot …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *