Breaking News
Home » Uncategorized » Sinopsis Cinta Kura Kura

Sinopsis Cinta Kura Kura

Sinopsis Cinta Kura Kura | Cinta Kura-Kura Filem Terbaru KRU – Cinta Kura-Kura merupakan sebuah lagi filem terbitan KRU.Filem genre Komedi Romantik ini membariskan pelakon Tiz Zaqyah dan Aeril Zafril sebagai pelakon utama.Filem ini bakal berada dipawagam pada 1 Mac 2012.

SINOPSIS CINTA KURA KURA
Filem ni mengisahkan Nani seorang gadis ceria (lakonan Tizz), dia berusia 21 tahun, Nani ada seekor binatang peliharaan bernama Nico seekor kura kura yang boleh berkata-kata.Kisahnya bermula bila Nani dan adiknya Amin berpindah. Nani telah mula jatuh cinta dengan Adam seorang ahli muzik dan merupakan jiran barunya. Keadaan ini telah membuatkan Nico membuat perancangan mensabotaj usaha Adam untuk menarik Nani. Segitiga cinta berkembang apabila penyelia kedai haiwan peliharaan kegemaran Nico, Fadzly cuba untuk mendekati Nani. Walau bagaimanapun tanpa diketahui semua, Fadzly mempunyai niat dan matlamat untuk menangkap dan menjual Nico ke restoran makanan eksotik.

Check Also

Piala Dunia 2018

Senarai Penuh 32 Pasukan Yang Layak Ke Piala Dunia 2018

Setelah melalui pusingan kelayakan dan playoff, 32 pasukan telah pun mengesahkan tempat ke Piala Dunia …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *