Breaking News
Home » Info Hiburan » Sinopsis Cik Cinderella dan Encik Tengku

Sinopsis Cik Cinderella dan Encik Tengku

Sinopsis Cik Cinderella dan Encik Tengku. Satu lagi drama yang diadaptasi dari novel akan menemui peminat drama melayu menerusi slot Lestary TV3. Drama 13 episod ini akan bersiaran setiap rabu dan khamis jam 9 malam. Akan membariskan pelakon hebat dan popular Zahirah Macwilson, Shukri Yahaya, Shah Iskandar, Puteri Aishah, Datuk Eizlan Yusoff, Aida Khalida, Zulin Aziz, Sherry Alhadad, Aleza Shadan dan ramai lagi.

Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Cik Cinderella Dan Encik Tengku

SINOPSIS
Drama Cik Cinderella dan Encik Tengku mengisahkan Puteri Nuraisha lakonan Zahirah Macwilson yang hidup dengan seorang ibu tiri dan kakak tiri. Manakala ayahnya Megat, sering melebihkan kakak tirinya iaitu Sha lakonan Puteri Aishah. Puteri mempunyai seorang tunang bernama Ashraf lakonan Shah Iskandar, dimana pertunangan mereka adalah disebabkan amanat arwah ibu Puteri yang mahu dia dan Ashraf disatukan. Ashraf bagi Puteri adalah seorang lelaki yang sering ingin menumpang kesenangan kerana dia sudah terbiasa dilimpahkan wang oleh keluarganya sendiri.

Namun perkenalan Puteri dengan Daniel lakonan Shukri Yahaya yang merupakan seorang peguam muda yang romantis, lucu dan baik hati di tempat kerja sedikit demi telah membuatkan Puteri jatuh cinta terhadap Daniel. Daniel sangat menyenangkan tetapi dalam masa yang sama Puteri dihimpit rasa bersalah kerana dia terikat dengan amanat arwah ibunya itu.

Apakah kesudahan drama Cik Cinderella & Encik Tengku ini, saksikan setiap rabu dan khamis di slot Lestary TV3.

Check Also

Drama Dia Bidadariku

Sinopsis Dan Senarai Pelakon Drama Dia Bidadariku

Sinopsis Dan Senarai Pelakon Drama Dia Bidadariku. Tonton lakonan Erra Fazira, Hisyam Hamid, Norman Hakim, …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *