Home » Info Hiburan » Sinopsis Cicakman 3

Sinopsis Cicakman 3

Sinopsis Cicakman 3. Tentu semua masih ingat akan watak superhero adiwara CicakMan yang menjadi penyelamat bandar Metrofulus. Kini cicakman kembali menemui peminat dengan sekuel yang ketiga ” Cicakman 3 “.

Namun Cicakman 3 bakal meletakan Zizan Razak sebagai pemegang watak superhero Cicakman mengantikan Saiful Apek yang memegang watak itu dalam dua filem terdahulu.

Filem Cicakman 3 arahan Yusry Abdul Halim bersama Ghaz Abu Bakar bakal ditayangkan dipawagam pada 12 Mac 2015.

Sinopsis Filem Cicakman 3
Filem Cicakman 3 bakal menemui peminat dipawagam pada 12 Mac 2015 membariskan Zizan Razak , Lisa Surihani , Fizz Fairuz dan Yus Jambu

Sinopsis Cicakman 3
Cicakman 3 menceritakan Man (lakonan Zizan Razak) seorang suami kepada Linda (Lisa Surihani) dan juga bapa kepada Boboy (Rayqal). Dirinya yang tidak matang dalam hal rumah tangga menyebabkan Linda mengambil keputusan untuk menuntut cerai.

Masalah rumah tangganya ditambah pula dengan kehadiran Inspektor Adam (Fizz Fairuz) yang juga merupakan rakan sekolahnya yang cuba merampas Linda.

Kehidupan Man berubah apabila dia menjumpai minyak serum milik Cicakman yang mampu memberi kuasa luar biasa kepadanya. Dia yang kembali bersemangat dengan kuasa yang dimiliki itu begitu teruja untuk menjadi superhero. Namun kehadiran superhero Super-Bro di Metrofulus telah menggugat kedudukan Cicakman. Apakah kesudahannya..tonton cicakman 3 dipawagam berhampiran anda nanti.

Check Also

sinopsis Drama Cucu Tauke Beras

Drama Cucu Tauke Beras

Sebuah lagi drama menarik akan disiarkan menerusi slot dahlia TV3. Drama Cucu Tauke Beras ini …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *