Home » Info Hiburan » Sinopsis Akulah Balqis Slot Akasia TV3

Sinopsis Akulah Balqis Slot Akasia TV3

Sinopsis Akulah Balqis Slot Akasia TV3. Kepada peminat drama melayu satu lagi drama baru yang menarik bakal menemui anda dalam slot Akasia. Bakal mengandingkan Puteri Balqis Azizi, Aeril Zafrel dan Nabila Huda sebagai pelakon utama dengan bantuan beberapa pelakon hebat lain.

Sinopsis Drama Akulah Balqis
Sinopsis Drama Akulah Balqis

SINOPSIS DRAMA AKULAH BALQIS
Kisah berkaitan dengan Balqis yang terpaksa mengorbankan zaman kanak-kanaknya dan mencorak kehidupannya sendiri tanpa bimbingan ibu bapa. Lebih teruk apabila dia terpaksa berhenti sekolah kerana tiada siapa boleh menghantarnya ke sekolah.

Yasmin iaitu bapa Balqis berhempas-pulas mencari rezeki selepas tempat kerja lamanya muflis. Yasmin mula terjebak dengan najis dadah. Memandangkan tiada siapa boleh menjaga Balqis, anak kecil itu dihantar ke rumah kebajikan masyarakat. Balqis kemudian melarikan diri dari tempat itu dan merempat di jalanan. Dalam masa sama, Milda, model terkenal sering bermimpi mengenai Balqis.

Suatu hari, mimpi Milda jadi kenyataan apabila dia terlangar Balqis dan anak kecil itu di bawa pulang ke rumah. Bagaimana kesudahan hidup Balqis? Berjayakah Yamin serta isterinya menemui semula Balqis dan menebus kesalahan mereka?

Saksikan drama menarik ini setiap isnin hingga khamis jam 7.00 malam bermula 18 November 2015 di TV3.

Check Also

sinopsis Drama Cucu Tauke Beras

Drama Cucu Tauke Beras

Sebuah lagi drama menarik akan disiarkan menerusi slot dahlia TV3. Drama Cucu Tauke Beras ini …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *