Breaking News
Home » Teknologi » Sim Kad Rakyat 1Malaysia SR1M

Sim Kad Rakyat 1Malaysia SR1M

Sim Kad Rakyat 1Malaysia SR1M. Satu lagi pilihan buat rakyat Malaysia dalam dunia komunikasi apabila SR1M muncul dipasaran. Jadi semakin kena bijak untuk kita memilih mana yang terbaik, bukan sahaja dari segi harga tapi kualiti perkhidmatan yang disediakan perlu diambil kira.

SR1M
SR1M

Memperkenalkan talian baru untuk rakyat Malaysia, Sim Kad Rakyat 1Malaysia (SR1M). Kadar rendah yang hanya ditawarkan melalui SR1M akan secara tidak langsung memberi harapan baru kepada rakyat atau golongan berpendapatan rendah untuk menggunakan sistem telekomunikasi yang terkini dan canggih seperti perkhidmatan jalur lebar dan 4G. Ini sekaligus akan merealisasikan harapan kerajaan untuk menggalakkan penggunaan telefon pintar oleh setiap rakyat di negara ini.

SR1M telah menawarkan perhidmatan cas yang lebih murah untuk data internet serta panggilan suara dan SMS. Dengan harga pek permulaan serendah RM5.90, pengguna juga akan diberi akses internet percuma sebanyak 150MB dan kredit RM5 percuma.

Kad prabayar SR1M turut menawarkan plan data internet serendah  RM17 untuk 1 GB data internet, RM27 untuk 1.5 GB data internet dan RM47 untuk 3 GB data. Cas panggilan dan SMS pula, SR1M menawarkan cas samarata ke semua talian dengan cas 8 sen/Blok untuk panggilan suara dan 8 sen/SMS untuk kadar SMS.

Plan data Internet :

  • RM 17 untuk plan data 1 GB – Jangka masa 1 Bulan
  • RM 27 untuk plan data 1.5 GB – Jangka masa 1 Bulan
  • RM 47 untuk plan data 3 GB – Jangka masa 1 Bulan

Cas Panggilan dan SMS :

  • 8 Sen/Blok – Semua Talian
  • 8 Sen/SMS – Semua Talian
  • Data 5 Sen/MB

Jangka hayat Kredit :

  • RM5.00 – 5 Hari
  • RM10.00 – 10 Hari
  • RM30.00 – 60 Hari
  • RM50.00 – 100 Hari

Untuk maklumat lanjut mengenai Sim Kad Rakyat 1Malaysia (SR1M) boleh merujuk di laman rasmi SR1M.

sumber

Check Also

Jupiter Smartphone vape

Jupiter Smartphone Vape

Jupiter Smartphone Vape. Dunia teknologi semakin kedepan dengan perbagai ciptaan. Smartphone atau telefon pintar antara …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *