Breaking News
Home » Uncategorized » Sila Semak Penyata Kira Kira | KWSP

Sila Semak Penyata Kira Kira | KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melancarkan kempen media untuk menggalakkan ahli menyemak penyata kira-kira bagi memastikan simpanan KWSP mereka berada dalam keadaan teratur.Kempen bermula dari 24 Mei hingga 14 Jun.Kempen ini bertujuan memberi kesedaran kepada ahli mengenai kepentingan menyemak penyata KWSP bagi memastikan majikan membayar caruman mengikut jadual.

Jika terdapat sebarang keraguan, ahli perlu mendapatkan penjelasan segera daripada majikan atau membuat laporan kepada KWSP.KWSP turut menyediakan Kios KWSP di cawangan KWSP dan premis pihak ketiga seperti Institut Jantung Negara (IJN), serta cawangan bank terpilih antaranya RHB Bank, RHB Islamic Bank, Ambank, dan CIMB Bank.
“Sebagai pilihan, ahli boleh menyemak dan mencetak penyata kira-kira dengan mendaftar di i-Akaun KWSP yang boleh diakses melalui laman web myEPF yang menyediakan kemudahan untuk menyemak butiran akaun secara dalam talian 24 jam sehari atau mengikut kehendak mereka.

Kepada yang dah berkerja tu rajin rajinlah periksa akaun KWSP anda..tiap tiap bulan potong..takut nanti duitnya entah kemana..

SUMBER

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

2 comments

  1. huhu aku takde kwsp lg.. camana ye ada kwsp ni ? huhu

  2. lor.. yeke.. baru taw.. thanx for the info kiz..^_^

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *