Breaking News
Home » Berita » Sifar GST Di Mesin ATM Maybank

Sifar GST Di Mesin ATM Maybank

Sifar GST Di Mesin ATM Maybank. GST akan mula dilaksanakan mulai 1 April 2015. Ini turut akan melibatkan syarikat yang berkaitan dengan kewangan. Maybank adalah antara syarikat yang berdaftar dengan GST dan tidak terlepas dari melaksanakan caj Cukai Barangan dan Perkhidmatan.

Maybank GST
Maybank

Bagi pelanggan Syarikat perbankan Maybank akan menikmati pengecualian caj Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) menerusi penggunaan ATM Maybank mulai 1 April ini. Namun kadar cukai 6% GST masih akan dikenakan terhadap pelanggan Maybank yang membuat urusan perbankan menerusi ATM dari syarikat perbankan lain.

Bagi pemegang kad Maybank yang tidak dikenakan yuran tahunan sebanyak RM8 akan dikenakan kadar 53 sen termasuk caj GST pada transaksi kelima setiap bulan.

Penggunaan aplikasi perbankan internet Maybank2u.com pula, pelanggan Maybank tidak akan dikenakan sebarang caj GST pada urusan pemindahan wang ke akaun Maybank lain. Namun pelanggan akan dikenakan caj enam peratus GST jika melakukan pemindahan ke akaun lain selain Maybank.

Maklumat lanjut mengenai GST boleh juga didapati di laman sesawang Jabatan Kastam Diraja Malaysia di www.gst.customs.gov.my. Atau pelanggan boleh menghubungi pihak Maybank menerusi email di gst_askme@maybank.com.my atau hubungi talian Khidmat Pelanggan di 1-300 88 6688 atau 603-7844 3696.

sumber Sinar Harian

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *