Menu Tutup

Sibuk Betul Hari Ini

Assalammulaikum,hari ini memang hari yang agak sibuk.Tidak seperti semalam kurang sikit tugasan kerja.Tetapi hari ini melambak pula yang tiba..Tapi kena buat jugakan..dah tanggungjawab.Baru malam ni aku dapat online.Apa cerita malam ni? Harap semua ada cerita2 yang menarik eh..

Lepas habis kerja hari ini terus pergi acara makan makan sebab bulan lepas dapat melebihi target yang di sasarkan.Boss belanjalah ni..Lokasi tempat terjah makan makan ialah Restoran Nasi Ayam Gemas.Melantak makan ayam je hari ni..harap bulan ni hasil pengeluaran dapat di tingkatkan lagi..dapat makan makan lagi..haha!!

Jadi balik rumah terus penat..malam ni baru leh nak blogging..masa itu sentiasa berlalu tanpa kita sedari..apa yang penting gunakan masa sepenuhnya sepaya tak membazir..betul tak?? Kena bahagikan masa juga ..jangan asyik mengadap laptop sepanjang masa..sampai apa yang terjadi kat dunia luar pun tak tahu..hehe.

Oklah..apa moral yang eh entry ni? masa itu emas.. kalau kita hargai masa kita dapat emas..bila dapat emas kita kaya…eh betul ke?? fikir fikirkan..!!

psttt : demi masa sesungguhnya manusia itu kerugian..

8 Comments

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *