Home » Berita » Siaran Percuma Semua Saluran Astro

Siaran Percuma Semua Saluran Astro

Siaran Percuma Semua Saluran Astro –  Pihak Astro mengumumkan akan membuka semua saluran siarannya secara percuma sebagai tanda penghargaan buat semua pelanggan yang sabar ketika Astro mengalami gangguan siaran minggu lalu. 

Astro memohon maaf kepada pelanggannya di atas gangguan perkhidmatan yang berlaku pada pukul 6 petang, 24 Ogos 2014, yang telah menjejaskan siaran 78 saluran termasuk sistem telefon pusat panggilan. Gangguan perkhidmatan tersebut disebabkan oleh kebakaran berpunca litar pintas di premis Astro di Bukit Jalil.
siaran percuma astro
Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas kesabaran semua, Astro akan membuka kesemua saluran untuk dinikmati oleh para pelanggan (kecuali perkhidmatan Astro First, Astro Best dan Astro Box Office Sports) di sepanjang hujung minggu ini iaitu dari Jumaat 29 Ogos, 6.00 petang sehingga Isnin 1 September 2014, 12.00 tengah malam. – sumber AstroAwani – 

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *