Breaking News
Home » Info Sukan » Siaran Langsung Suku Akhir Piala FA 19 Mac 2016

Siaran Langsung Suku Akhir Piala FA 19 Mac 2016

Siaran Langsung Suku Akhir Piala FA 19 Mac 2016. Kepada peminat bolasepak tempatan pastikan anda tidak ketinggalan menyaksikan perlawanan peringkat suku akhir SuperBest Power Piala FA 2016 di stadium berhampiran anda. Tetapi kepada yang jauh dan tidak ada kesempatan akan ada dua siaran langsung pada malam ini. Perlawanan manakah yang akan disiarkan nanti?

Menurut page rasmi Malaysia Football LLP yang juga syarikat yang menguruskan perjalanan Liga Malaysia 2016 akan ada dua perlawanan yang akan dapat ditonton secara langsung dan live streaming untuk Piala FA malam ini. Dua perlawanan itu adalah pertemuan tumpuan PDRM vs JDT di Stadium Hang Jebat, Melaka dan perlawanan Perak vs Kuala Lumpur di Stadium Perak di Ipoh.

Perlawanan yang membabitkan PDRM vs JDT akan disiarkan menerusi RTM TV1 bermula jam 8.45 malam. Untuk tontonan live streaming terus sahaja ke myklik.rtm.gov.my/live atau untuk lebih meriah layan di stadium sahaja.

Live Streaming PDRM vs JDT 19.3.2016
Live Streaming PDRM vs JDT 19.3.2016

Satu lagi perlawanan suku akhir SuperBest Power Piala FA 19.3.2016 membabitkan Perak vs Kuala Lumpur akan disiarkan secara langsung menerusi Media Prima TV9 pada jam 9.15 malam. Perlawanan boleh juga diikuti secara live streaming di tonton.com.my

Satu lagi perlawanan di Stadium Selayang membabitkan Sime Darby vs PKNS FC, tiada siaran langsung. Keputusan penuh aksi suku akhir pertama rujuk di KEPUTUSAN SUKU AKHIR PERTAMA PIALA FA 2016.

Logo Superbest Power Piala FA 2016
Superbest Power Piala FA 2016

Tonton secara langsung dan streaming perlawanan Separuh Akhir Kedua Piala FA 30.4.2016

Check Also

Siaran Langsung Malaysia vs Lebanon

Siaran Langsung Malaysia vs Lebanon 13 June 2017

Perlawanan yang dinantikan oleh peminat bolasepak tempatan sudah pasti pertemuan Malaysia menentang Lebanon ( Lubnan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *