Breaking News
Home » Info Sukan » Siaran Langsung Separuh Akhir Piala Malaysia 2017

Siaran Langsung Separuh Akhir Piala Malaysia 2017

Siaran Langsung Separuh Akhir Piala Malaysia 2017. Hari 15 Oktober ini akan berlangsung saingan separuh pertama akhir TM Piala Malaysia. Empat pasukan akan berentap dalam memburu bekalan selesa menjelang aksi separuh akhir kedua.

Siaran langsung separuh akhir piala malaysia 2017
Siaran langsung separuh akhir piala malaysia 2017

Perak akan melayan kunjungan JDT di Stadium Perak. Perlawanan ini sudah pasti menjadi tumpuan peminat bolasepak terutama penyokong kedua pasukan. Satu lagi perlawanan membabitkan juara bertahan Kedah yang akan menentang Felda United FC di Stadium Tun Abdul Razak Jengka.

Ketika saingan sudah menuju peringkat separuh akhir, semua empat pasukan mempunyai peluang yang sama dengan prestasi diatas padang akan menjadi penentu keputusan.

Siaran Langsung Separuh Akhir Piala Malaysia 2017
Buat penyokong dan peminat bolasepak tempatan yang tidak berkesempatan berkunjung ke stadium, pastikan anda tidak melepaskan peluang menyaksikan perlawanan ini secara langsung menerusi Media Prima TV3 dan TV9.

Siaran Langsung Felda United vs Kedah
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Tun Abdul Razak Jengka ini akan disiarkan menerusi TV3 bermula jam 8.30 malam dengan sepak mula pada 9 malam. Kedah merupakan juara bertahan Piala Malaysia harus mencari bekalan selesa dihalaman lawan. Begitu juga dengan Felda United yang perlu mencipta kemenangan sebelum bertandang ke Alor Star dalam perlawanan kedua nanti.

Siaran Langsung Perak vs JDT
Perlawanan Perak vs JDT akan disiarkan secara langsung menerusi TV9. JDT memburu jaringan untuk bekalan selesa menjelang aksi kedua namun Perak mempunyai rekod cemerlang di Stadium Perak keatas JDT pada tahun ini. Perlawanan dijangka sengit.

Check Also

Tiket Final Piala Malaysia 2017 JDT vs Kedah

Tiket Final Piala Malaysia 2017 JDT vs Kedah

Tiket Final Piala Malaysia 2017 JDT vs Kedah. Dua pasukan telah pun layak ke perlawanan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *