Breaking News
Home » Info Sukan » Siaran Langsung Separuh Akhir Piala FA 2016

Siaran Langsung Separuh Akhir Piala FA 2016

Siaran Langsung Separuh Akhir Piala FA 2016. Sabtu ini 30 April akan ditentukan pasukan manakah yang akan melangkah ke perlawanan akhir SuperBest Power Piala FA 2016. JDT vs Kedah pasti menjadi tumpuan manakala perlawanan Perak vs PKNS di Ipoh tidak kurang hebatnya.

Pasti ramai yang akan menanti dihadapan televisyen untuk menyaksikan perlawanan ini terutama kepada pasukan bertandang ke halaman lawan. Jangan risau kerana kedua perlawanan separuh akhir kedua ini akan disiarkan secara langsung dan streaming yang akan dibawakan oleh rangkaian Media Prima.

SIARAN LANGSUNG PERAK vs PKNS FC 30 APRIL 2016

siaran langsung Perak vs PKNS 30.4.2016 di TV9
siaran langsung Perak vs PKNS 30.4.2016 di TV9

Perlawanan ini dijangka sengit dimana kedua pasukan mempunyai peluang setara namun sedikit kelebihan buat Perak yang bakal melayan PKNS FC di halaman sendiri Stadium Perak, Ipoh. Keputusan perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Hang Jebat menyaksikan kedua-dua pasukan seri 2-2. Perak turun berkelebihan jaringan tempat lawan, namun PKNS FC masih ada 90 minit mencari kemenangan mutlak. Saksikan perlawanan Perak vs PKNS FC secara langsung menerusi TV9 bermula jam 8.30 malam.

SIARAN LANGSUNG JDT VS KEDAH 30 APRIL 2016

JDT vs Kedah 30.4.2016
JDT vs Kedah 30.4.2016

Kedah bakal membawa bekalan satu gol ke Larkin hasil kemenangan 2-1 ketika aksi separuh akhir pertama di Stadium Darulaman. Namun tugas mereka bukan mudah di Stadium Tan Sri Dato Hj Hassan Yunos dimana pasukan Johor Darul Ta`zim atau JDT sememangnya sukar dijinakkan. Mampukah JDT bangkit atau Kedah bakal meranapkan impian mereka untuk ke final. Saksikan secara langsung menerusi TV3 bermula jam 8.30 malam Sabtu ini.

LIVE STREAMING SEPARUH AKHIR PIALA FA 2016
Perlawanan separuh akhir kedua SuperBest Power Piala FA ini juga boleh ditonton secara live streaming menerusi portal tonton.com.my

KEPUTUSAN PERLAWANAN

JDT [ 3 ] – [ 1 ] Kedah
( agg 4-3 )

Perak [ 1 ] – [ 2 ] PKNS FC
( agg 3-4 )

Check Also

keputusan piala malaysia 18 julai

Keputusan Piala Malaysia 18 Julai 2017

Keputusan Piala Malaysia 18 Julai 2017. Aksi TM Piala Malaysia kembali dengan 8 perlawanan berlangsung …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *