Home » Info Sukan » Siaran Langsung Selangor vs T-Team 1 Oktober 2016

Siaran Langsung Selangor vs T-Team 1 Oktober 2016

Live Streaming Siaran Langsung Selangor vs T-Team 1 Oktober 2016. Satu lagi perlawanan separuh akhir TM Piala Malaysia akan berlangsung malam ini membabitkan The Red Giant Selangor menentang kelab T-Team yang juga digelar Titans. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Shah Alam ini pasti menjadi tumpuan peminat bolasepak.

Selangor selaku juara bertahan pasti mahu mengekalkan Piala Malaysia untuk musim kedua manakala T-Team yang boleh dianggap bukan pasukan pilihan pasti mahu mencipta kejutan dan sejarah dalam saingan tahun ini. Prestasi tidak menentu Selangor dalam aksi liga tidak boleh dijadikan penentu kerana Piala Malaysia pasti berbeza, manakala cabaran T-Team tidak boleh diambil mudah setelah aksi cemerlang menewaskan Felda United pada pusingan suku akhir.

Siaran Langsung Selangor vs T-Team
Siaran Langsung Live Streaming Separuh Akhir Pertama TM Piala Malaysia Selangor vs T-Team

Live Streaming Selangor vs T-Team 1.10.2016

Perlawanan Selangor vs T-Team akan disiarkan secara langsung menerusi TV9 bermula jam 8.30 malam dengan sepak mula pada 9 malam. Perlawanan juga boleh ditonton secara live streaming di portal tonton. Kami juga akan kongsikan link streaming perlawanan ini jika ada.

Keputusan Selangor vs T-Team

Perlawanan ini penting buat kedua pasukan untuk bekalan perlawanan kedua separuh akhir nanti. Mampukah Selangor layak ke aksi final sekali lagi atau T-Team akan mencipta sejarah layak buat pertama kali. Dibawah adalah keputusan perlawanan.

KEPUTUSAN
SELANGOR [ 2 ] – [ 1 ] T-TEAM
( fulltime )

Check Also

Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Teks Sidang Media Penahanan 7 Suspek Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Teks Sidang Media Penahanan 7 Suspek Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah. Pihak PDRM telah …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *