Breaking News
Home » Info Sukan » Siaran Langsung PKNS FC vs Perak 15 April 2016

Siaran Langsung PKNS FC vs Perak 15 April 2016

Siaran Langsung PKNS FC vs Perak 15 April 2016. Aksi separuh akhir SuperBest Power Piala FA akan bermula dengan perlawanan pertama menyaksikan pertemuan PKNS FC menentang Perak di Stadium Hang Jebat, Melaka. Ini merupakan perlawanan pusingan pertama sebelum aksi kedua pada 30 April nanti.

Kepada peminat dan penyokong yang tidak berkesempatan ke stadium pastikan anda tidak terlepas menonton Siaran Langsung PKNS FC vs Perak 15 April 2016 yang disiarkan di saluran Media Prima TV9. Siaran langsung bermula jam 8.30 malam untuk pra perlawanan manakala sepak mula dijadualkan pada 9.00 malam.

Siaran Langsung PKNS FC vs Perak 15 April 2016
Siaran Langsung PKNS FC vs Perak 15 April 2016

Pasukan manakah yang akan membawa bekalan selesa menjelang aksi timbal balas kedua nanti. Saksikan secara langsung di Tv9 dan live streaming di tonton.com.my bagi yang ingin menonton secara online.

Sementara itu memetik kenyataan pengendali PKNS FC, E Elavarasan yang memberikan bayangan mereka mampu membuat kejutan keatas Perak pada malam ini. Ini bermakna tiada laluan mudah buat skuad Seladang itu berdepan skuad semut merah.

Bagi skuad The Bos Gaurus pula, mereka perlu bangkit dan melupakan kekalahan kepada Pahang dalam aksi liga dan menjadikan perlawanan dengan PKNS ini sebagai permulaan.

KEPUTUSAN PERLAWANAN

PKNS FC [ 2 ] – [ 2 ] PERAK

Check Also

separuh akhir piala malaysia 2017

Siaran Langsung Separuh Akhir Piala Malaysia 2017

Siaran Langsung Separuh Akhir Piala Malaysia 2017. Hari 15 Oktober ini akan berlangsung saingan separuh …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *