Home » Info Sukan » Siaran Langsung Piala FA Pahang vs JDT 1 April 2017

Siaran Langsung Piala FA Pahang vs JDT 1 April 2017

Live Streaming Siaran Langsung Piala FA Pahang vs JDT 1 April 2017. Apa yang pasti perlawanan tumpuan suku akhir pertama Piala FA adalah pertembungan skuad Tok Gajah dan Harimau Selatan di Stadium Darul Makmur. Perlawanan yang dinantikan oleh penyokong kedua pasukan dan peminat bolasepak seluruh Malaysia.

Live streaming Pahang vs JDT 1 April 2017
Pahang vs JDT 1 April 2017

Perlawanan Pahang vs JDT ini sudah pasti mencuri tumpuan kerana kedua pasukan merupakan seterus utama dalam kancah bolasepak tempatan sejak akhir-akhir ini. Dengan kedua pasukan kini dibarisi pemain terbaik dan mempunyai rekod yang konsisten dalam saingan liga.

Untuk rekod, pertemuan kedua pasukan untuk tahun 2017 menyaksikan Pahang tewas kepada JDT di Stadium Larkin dalam aksi Liga Super. Namun kali ini mereka bakal bertemu sekali lagi untuk suku akhir Piala FA.

Untuk mereka yang tidak berpeluang mendapatkan tiket atau ke stadium pastikan anda tidak ketinggalan menyaksikan perlawanan ini secara langung. Siaran langsung dibawakan untuk anda oleh rangkaian Media Prima TV9. Untuk live streaming anda boleh menonton terus di portal tonton.com.my milik media prima secara HD.

Mampukah Pahang mengekang pasukan pelawat atau JDT sekali lagi akan menewaskan mereka dihalaman sendiri. Untuk keputusan penuh lain-lain perlawanan suku akhir rujuk di Keputusan Piala FA suku akhir 1.4.2017.

( grafik kredit to Pahang FA )

Check Also

Live Streaming Siaran Langsung Piala AFC 19 April 2017

Live Streaming Siaran Langsung Piala AFC 19 April 2017

Hari ini 19.4.2017 akan berlangsung dua perlawanan bolasepak Piala AFC yang melibatkan wakil Malaysia. JDT …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *