Breaking News
Home » Info Sukan » Siaran Langsung Piala FA 2017 Separuh Akhir Kedua

Siaran Langsung Piala FA 2017 Separuh Akhir Kedua

Aksi saingan Piala FA Malaysia 2017 semakin menuju ke kemuncak. Malam ini 13 Mei 2017 akan ditentukan pasukan manakah yang akan melangkah ke perlawanan akhir. Dua perlawanan separuh akhir kedua akan menjadi tumpuan. Bagi yang tidak berkesempatan ke stadium siaran langsung Piala FA 2017 Negeri Sembilan vs Pahang dan Terengganu vs Kedah akan disiarkan di Tv3 dan Tv9.

Siaran Langsung Piala FA 2017
Siaran Langsung Separuh akhir kedua Piala FA 2017 Negeri Sembilan vs Pahang dan Terengganu vs Kedah

Kedua-dua pasukan pelawat iaitu Pahang dan Kedah membawa bekalan tipis ke halaman lawan hasil keputusan Piala FA separuh akhir pertama  yang berlangsung pada 30 April lalu. Tugas sukar bakal menanti mereka di Paroi dan Kuala Terengganu.

Bagi dua pasukan dari liga perdana iaitu Negeri Sembilan dan Terengganu, mereka berpeluang mencipta kejutan untuk mara ke final dengan kelebihan bermain dihalaman sendiri. Ketinggalan defisit 1 gol bukanlah sesuatu yang sukar bagi mereka.

Siaran Langsung Piala FA 2017 Separuh Akhir

Perlawanan separuh akhir kedua Piala FA malam ini boleh disaksikan secara langsung menerusi Media Prima TV3 dan Tv9. Pertembungan Negeri Sembilan vs Pahang akan disiarkan di TV3 manakala pertemuan Terengganu vs Kedah di TV9. Siaran langsung bermula seawal jam 8.30 malam dengan sepak mula pada jam 9 malam.

Bagi yang ingin menonton secara live streaming anda hanya perlu ke portal tonton.com.my secara HD.

Negeri Sembilan vs Pahang

Pertembungan kedua untuk aksi separuh akhir di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi dijangka sengit. Berdasarkan keputusan perlawanan pertama dan aksi semasa pasukan tuan rumah dalam saingan Liga, bukan tugas mudah bagi Pahang untuk mengekalkan kelebihan 1 gol. Skuad Hoben Jang Hoben sudah pasti bangkit.

Terengganu vs Kedah

Terengganu juga masih berpeluang ke perlawanan akhir andai mampu menunjukkan aksi terbaik mereka malam ini. Terengganu agak kurang konsisten dalam aksi liga dalam beberapa perlawanan terakhir, namun kemampuan mereka mengimbangi Kedah dalam perlawanan pertama di Stadium Darulaman sudah pasti memberikan suntikan semangat buat mereka. Kedah perlu melupakan Tan Cheng Ho dan kembali menemui rentak terbaik mereka.

Untuk semula peminat sukan bolasepak Malaysia, saksikan perlawanan terbaik minggu ini. Siaran Langsung Piala FA 2017 Terengganu vs Kedah dan Negeri Sembilan vs Pahang hanya di TV3 dan TV9.

Keputusan Separuh Akhir Kedua Piala FA 13 Mei 2017.

Check Also

siaran langsung Melaka vs JDT

Siaran Langsung Melaka vs JDT 6 Mei 2017

Peminat bolasepak tempatan pastikan anda tidak terlepas aksi menarik Liga Super di stadium berhampiran anda. …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *