Breaking News
Home » Info Sukan » Siaran Langsung Perak vs Pahang 15 Ogos 2015

Siaran Langsung Perak vs Pahang 15 Ogos 2015

Siaran Langsung Perak vs Pahang 15 Ogos 2015. Pertembungan menarik yang boleh anda saksikan di Stadium Perak, Ipoh. Pertemuan dua pasukan yang mempunyai misi berbeza. Perak mahu mengutip mata setelah gagal dalam perlawanan terdahulu sehingga terperosok di kedudukan pertengahan liga. Manakala Pahang tidak boleh tercicir sebarang mata andai mahu terus mencabar kejuaraan liga.

Perlawanan ini boleh disaksikan secara langsung menerusi Tvi RTM ( Astro 810 ) bermula jam 8.30 malam esok. Selain itu anda boleh juga menyaksikan perlawanan ini secara online menerusi  myklik.rtm.gov.my/tvi .

Perak vs Pahang 15.8.2015
Perak vs Pahang 15.8.2015

Pahang kini menduduki tangga kedua carta liga super dibelakang JDT dengan 42 mata manakala Perak ditangga kelapan dengan 27 mata. Mampukah Perak mengatasi badi kekalahan mereka dengan menjadikan Pahang mangsa atau Tok Gajah bakal mengamuk di halaman Seladang?

Bagi yang tidak sempat menyaksikan perlawanan ini, siaran ulangan akan disiarkan pada jam 12.30 tengah malam, 16 Ogos 2015 Ahad di TV1.

Check Also

Siaran langsung Piala Malaysia 18 Julai 2017

Jadual Siaran Langsung Piala Malaysia 18 Julai 2017

Siaran Langsung Piala Malaysia 18 Julai 2017. Sainga TM Piala Malaysia kembali lagi dengan lapan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *