Breaking News
Home » Info Sukan » Siaran Langsung PDRM vs Selangor 7 Mac 2015

Siaran Langsung PDRM vs Selangor 7 Mac 2015

Siaran Langsung PDRM vs Selangor 7 Mac 2015. Pasukan yang semakin mencuri tumpuan dalam saingan Liga Super 2015, PDRM atau dikenali dengan gelaran The Cops pasti ingin meneruskan rentak kemenangan mereka dalam  misi untuk kekal sebagai pencabar dalam perebutan kejuaraan liga musim ini. Begitu juga dengan lawan mereka sabtu ini , Selangor. Keputusan perlawanan The Red Giants setakat ini dalam saingan liga tidaklah begitu memberangsangkan, namun pasukan yang selalu dianggap lambat panas ini mampu membuat impak jika kena pada waktunya.

Selangor masih belum mencatat sebarang kemenangan dalam saingan musim ini pasti akan menjadikan PDRM sebagai mangsa pertama namun lawan mereka bukanlah pasukan biasa yang boleh dijinakkan dengan mudah. Kekuatan PDRM terletak pada kualiti pemain import mereka yang sememangnya boleh mendatangkan gerun terutama barisan depan. Gandingan penyerang mereka Dramane Traore dan Ali Ashfaq telah pun menghasilkan enam gol dalam tiga perlawanan terdahulu.

Kepada peminat dan penyokong yang tidak berkesempatan ke Stadium Shah Alam, saksikan perlawanan ini secara langsung melalui TV9 dan secara live streaming di tonton.com.my atau melalui pautan yang disediakan dibawah.

Tonton Online PDRM vs Selangor 

Live Streaming PDRM vs Selangor
PDRM vs Selangor Sabtu 7 Mac 2015

Untuk info, Selangor yang juga merupakan naib juara musim lalu kini menduduki tangga ke sembilan carta liga super 2015 dengan mengutip dua mata hasil dua keputusan seri manakala PDRM berada di tangga ke tiga dengan mengumpul enam mata hasil dua kemenangan dalam perlawanan sebelum ini.

Berikut adalah jadual lain-lain perlawanan Liga Super yang akan berlangsung

JUMAAT 6.3.2015
Perak lwn Kelantan (Std Perak, 8.45mlm)

SABTU 7.3.2015
JDT lwn Sarawak (Std Tan Sri Hassan Yunos, 8.45mlm) ( siaran langsung di TV3 )
Felda United lwn Lions XII (Std MP Selayang,8.45mlm)
Pahang lwn Sime Darby (Std Darul Makmur,8.45mlm)
PDRM lwn Selangor (Std Shah Alam, 8.45mlm)
Terengganu lwn ATM (Std Sultan Ismail Nasiruddin, 8.45mlm)

Mampukah The Red Giants mengatasi kekebalan The Cops ? Jangan lupa siaran langsung dan live streaming pada sabtu ini. Jika berkesempatan jom penuhkan stadium demi kemajuan bolasepak tempatan.

Check Also

Keputusan Liga Super 28 Oktober 2017

Keputusan Liga Super 28 Oktober 2017

Keputusan Liga Super 28 Oktober 2017. Hari ini berlangsung perlawanan yang ke 22 yang juga …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *