Breaking News
Home » Info Sukan » Siaran Langsung Pahang vs Kedah Final Piala FA 2017

Siaran Langsung Pahang vs Kedah Final Piala FA 2017

Aksi Piala FA Malaysia akan menuju kemuncaknya pada 20 Mei 2017 dengan perlawanan akhir akan berlangsung di Stadium Shah Alam. Apa yang pasti jualan tiket semestinya seperti goreng pisang panas. Jumlah yang diperuntukan memang tidak cukup jika perlawanan akhir, namun yang tidak ke stadium tonton sahaja siaran langsung Pahang vs Kedah di televisyen.

Siaran Langsung Pahang vs Kedah
Pahang vs Kedah Final Piala FA 20.5.2017

Aksi final Piala FA 2017 ibarat perlawanan akhir impian yang menemukan dua pasukan yang konsisten dalam aksi liga buat masa ini. Pahang yang menyingkirkan juara bertahan 2016 JDT sudah pasti mempunyai suntikan semangat yang tinggi. Tidak dinafikan juga Kedah yang sudah pasti mahu menggengam piala kedua musim ini selepas Piala Sumbangsih.

Siaran Langsung Pahang vs Kedah 20.5.2017

Media Prima menerusi saluran TV3 akan menyiarkan perlawanan ini secara langsung bermula jam 8.30 malam. Aksi perlawanan akhir akan bermula pada jam 9 malam. Perlawanan ini bukan sahaja untuk penyokong kedua pasukan tetapi sudah pasti akan ditonton oleh semua peminat bolasepak tempatan di Malaysia.

Live Streaming Final Piala FA 2017

Anda boleh menonton perlawanan ini secara online live streaming di portal tonton.com.my secara HD. Mungkin juga ada siaran langsung yang dibuat oleh page-page facebook, akan dikongsikan jika ada.

Selamat menonton siaran langsung Pahang vs Kedah 20 Mei 2017 final Piala FA Malaysia. Semoga kedua pasukan akan menyajikan kualiti permainan tahap tertinggi.

Check Also

separuh akhir piala malaysia 2017

Siaran Langsung Separuh Akhir Piala Malaysia 2017

Siaran Langsung Separuh Akhir Piala Malaysia 2017. Hari 15 Oktober ini akan berlangsung saingan separuh …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *