Breaking News
Home » Info Sukan » Siaran Langsung Malaysia vs Lebanon 13 June 2017

Siaran Langsung Malaysia vs Lebanon 13 June 2017

Perlawanan yang dinantikan oleh peminat bolasepak tempatan sudah pasti pertemuan Malaysia menentang Lebanon ( Lubnan ) pada 13.06.2017. Ini merupakan perlawanan pertama pasukan Harimau Malaya dalam Kelayakan Piala Asia 2019Siaran Langsung Malaysia vs Lebanon boleh disaksikan menerusi televisyen bagi yang tidak berkesempatan ke stadium.

Siaran Langsung Malaysia vs Lebanon

Apa yang menarik perlawanan ini merupakan tugas pertama ketua jurulatih baru skuad kebangsaan iaitu Nelo Vingada dan penolongnya Tan Cheng Hoe. Turut menarik untuk disaksikan kembalinya Shafiq Rahim dari persaraan dan kembali diberikan kepercayaan selaku kapten pasukan.

Perlawanan Malaysia vs Lebanon akan dilangsungkan di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin dengan sepak mula pada jam 9.45 malam. Mampukah skuad kebangsaan dibawah pengurusan baru ini mencipta sesuatu yang positif.

Siaran Langsung Malaysia vs Lebanon 13.06.2017

Perlawanan pertama pasukan Harimau Malaya dalam kelayakan Piala Asia 2019 dalam kumpulan B ini akan disiarkan secara langsung menerusi Astro Arena 801. Untuk live streaming akan diberikan pautan jika ada nanti.

Tiket Malaysia vs Lebanon

Pembelian tiket dikaunter tiket stadium Larkin akan bermula pada Isnin 12 Jun 2017 mulai jam 10 pagi hingga jam 3 petang dan pada hari perlawanan bermula jam 10 pagi hingga sepak mula perlawanan, jam 9.45 malam. Harga tiket adalah RM30 bagi dewasa dan RM5 kanak-kanak. Tiket juga boleh dibeli secara atas talian atau online menerusi laman sesawang www.tickethotline.com.my

Keputusan Perlawanan
Keputusan perlawanan ini penting buat skuad kebangsaan dalam usaha mengembalikan keyakinan penyokong setelah beberapa aksi hambar dalam saingan antarabangsa sebelum ini. Misi utama adalah layak ke saingan Piala Asia 2019. Mampukah Nelo Vingada mencipta kejutan dengan barisan pemain yang seakan sama seperti sebelum ini.

KEPUTUSAN
Malaysia [ 1 ][ 2 ] Lebanon

Jangan lupa saksikan siaran langsung Malaysia vs Lebanon 13 june 2017 kelayakan Piala Asia 2019 di Astro Arena 801 bermula jam 9.45 malam. Kepada yang berkesempatan sama-sama turun ke stadium untuk memberikan sokongan. Selamat maju jaya Harimau Malaya.

Check Also

keputusan Piala Malaysia 1 ogos 2017

Keputusan Piala Malaysia 1 Ogos 2017

Keputusan Piala Malaysia 1 Ogos 2017. Enam lagi perlawanan TM Piala Malaysia berlangsung. Hari ini …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *