Home » Info Sukan » Siaran Langsung Liga Super 26 April 2017

Siaran Langsung Liga Super 26 April 2017

Perlawanan ke sebelas yang juga merupakan aksi terakhir pusingan pertama saingan Liga Super Malaysia 2017. Enam perlawanan akan berlangsung dengan siaran langsung Liga Super 26 April 2017 hanya dua perlawanan terpilih. Aksi menarik Perak vs Kedah di Ipoh dan pertemuan pasukan teratas dan tercorot Pulau Pinang vs JDT di Batu Kawan.

Siaran Langsung Liga Super 26 April 2017
Siaran Langsung Liga Super 26 April 2017 Perak vs Kedah Penang vs JDT

Perlawanan terakhir ini juga merupakan penentu kepada 11 pasukan terbaik dalam carta Liga Super yang akan layak beraksi dalam saingan Piala Malaysia bersama 5 lagi pasukan dari Liga Perdana.

Live Streaming Siaran Langsung Perak vs Kedah

Perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Perak, Ipoh ini dijangka sengit dengan usaha kedua pasukan untuk memperbaiki kedudukan. Masing-masing kini dikedudukan kelima bagi Perak dan ketiga untuk Kedah. Mereka perlu mencari kemenangan mutlak untuk memastikan terus mampu memberikan saingan kepada dua pasukan teratas iaitu JDT dan Pahang.

Perlawanan Perak vs Kedah akan disiarkan secara langsung menerusi Media Prima TV9 dengan perlawanan dijadualkan pada jam 9 malam. Untuk tontonan live streaming terus sahaja ke portal tonton.com.my secara HD. Mungkin malam ini akan ada page di Facebook yang akan membuat siaran streaming, akan kami kongsikan jika ada.

Live Streaming Siarang Langsung Pulau Pinang vs JDT

Aksi yang menemukan pasukan tangga teratas carta liga super iaitu JDT dengan pasukan tercorot Pulau Pinang. Perlawanan akan disiarkan secara langsung menerusi TV3 pada jam 9 malam dan di tonton.com.my untuk live streaming.

Siaran Langsung Pulau Pinang vs JDT
Saksikan siaran langsung di TV3 dan Live streaming di Tonton perlawanan Pulau Pinang vs JDT pada 26 April 2017

Keputusan Perlawanan

Perlawanan malam ini penting buat pasukan dalam memastikan terus kekal berada pada posisi terbaik liga. Berikut adalah keputusan perlawanan yang membabitkan Penang vs JDT dan Perak vs Kedah 26.4.2017

P Pinang [ 1 ] [ 2 ] JDT
Perak [ 1 ] [ 1 ] Kedah

Saksikan siaran langsung TV3 serta TV9 dan live streaming di tonton secara HD. Lain-lain keputusan perlawanan dapatkan di KEPUTUSAN LIGA SUPER 26.4.2017

*sumber grafik FMLLP dan TV3

Check Also

Keputusan Liga Super 5 Ogos 2017

Keputusan Liga Super 5 Ogos 2017

Keputusan Liga Super 5 Ogos 2017. Hari ini merupakan perlawanan ke 19 saingan liga super. …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *