Breaking News
Home » Info Sukan » Siaran Langsung Liga Super 18 April 2015

Siaran Langsung Liga Super 18 April 2015

Siaran Langsung Liga Super 18 April 2015. Kehangatan saingan Liga Super kembali dengan lima perlawanan akan berlangsung hari ini dan tiga darinya akan disiarkan secara langsung menerusi siaran televisyen TV1, Tv3 dan Tv9. Perlawanan yang manakah yang akan menjadi pilihan untuk tontonan anda minggu ini?

Carta Liga Super terkini 18 april 2015
Carta Liga Super terkini sebelum perlawanan 18 april 2015

Siaran Langsung Terengganu vs Felda United menerusi TV1 RTM. Perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasarudin Shah dijadualkan bermula jam 8.45 malam. Pertemuan tumpuan minggu ini kerana kedua pasukan kini berada pada kedudukan kedua dan ketiga carta Liga Super 2015 dengan jumlah mata sama. Perlawanan malam ini pasti menjanjikan sesuatu yang menarik kerana pemenang pasti akan terus kekal dikedudukan teratas carta. Jadi jangan lupa janji temu anda menerusi TV1 secara langsung dan live streaming menerusi myklik.rtm.gov.my/tv1

Siaran Langsung JDT vs Kelantan akan disiarkan menerusi Tv3. Satu lagi perlawanan hebat kerana JDT kini masih segar dengan kejayaan di Piala AFC manakala Kelantan dalam misi untuk kembali bangkit bersaing setelah agak kurang memberangsangkan dengan hanya menduduki tangga ke 10 liga setakat ini dengan empat kekalahan , dua menang dan seri sekali. JDT yang kini berada di tangga keempat liga dengan 12 mata sudah pasti ingin memungut mata penuh dan mampu mengintai kedudukan lebih baik andai menang menentang Kelantan. Saksikan secara langsung menerusi tv3 jam bermula jam 8.30 malam ini.

Live streaming JDT vs Kelantan
JDT vs Kelantan di TV3

Satu lagi perlawanan langsung adalah pertemuan Selangor vs Lions XII di Stadium Shah Alam. Selangor adalah pendahulu liga buat masa ini pasti mahu mempertahankan kedudukan manakala Lions XII dijangka mampu bangkit setelah hanya mampu mencatat 1 kemenangan dan empat kali keputusan seri serta dua kekalahan. Saksikan menerusi Tv9 jam 8.45 malam ini.

Jadual Penuh Perlawanan Liga Super 18 April 2015
JDT vs Kelantan ( live Tv3 )
Terengganu vs Felda United ( Live Tv1 )
Sime Darby vs PDRM
Sarawak vs ATM
Selangor vs Lions XII ( Live TV9 )

Anda boleh menonton secara online streaming menerusi
– myklik.rtm.gov.my/tv1
– tonton.com.my
– Tv3 Online 
– Tv9 Online

Check Also

Siaran langsung Piala Malaysia 18 Julai 2017

Jadual Siaran Langsung Piala Malaysia 18 Julai 2017

Siaran Langsung Piala Malaysia 18 Julai 2017. Sainga TM Piala Malaysia kembali lagi dengan lapan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *