Home » Info Sukan » Siaran Langsung Liga Super 15 Julai 2017

Siaran Langsung Liga Super 15 Julai 2017

Siaran Langsung Liga Super 15 Julai 2017. Enam lagi perlawanan Liga Super berlangsung. Hari ini merupakan perlawanan ke 16 untuk setiap pasukan. Untuk info hanya ada dua perlawanan yang akan disiarkan secara langsung oleh media prima Tv3 dan Tv9.

Siaran langsung Liga Super 15 julai 2017
Siaran langsung Liga Super 15 julai 2017 PKNS FC vs Pahang JDT vs Sarawak

Perlawanan tumpuan pada hari ini 15.7.2017 sudah pasti perlawanan yang melibatkan pasukan teratas carta liga. Antara yang menarik adalah perlawanan Kedah vs Selangor di Stadium Darul Aman. Namun perlawanan ini tiada siarang langsung atas permintaan KFA walaupun pada jadual asal ada.

Dua perlawanan siaran langsung yang akan disiarkan adalah pertemuan JDT vs Sarawak dan PKNS FC vs Pahang sahaja.

Siaran Langsung JDT vs Sarawak
Perlawanan akan disiarkan secara langsung menerusi Media Prima TV9 bermula jam 8.30 malam untuk pra perlawanan dengan sepak mula pada jam 9.00 malam. JDT pasti mahu memburu mata penuh untuk terus menjarakkan mata dan sekali lagi mampu mencipta sejarah menjuarai Liga Super sebanyak 4 kali berturut-turut.

siaran langsung JDT vs Sarawak 15.7.2017
siaran langsung JDT vs Sarawak 15.7.2017 Liga Super Malaysia

Siaran Langsung PKNS vs Pahang
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Shah Alam ini akan disiarkan menerusi TV3. Pahang perlu kembali bangkit selepas aksi longlai dalam beberapa perlawanan sebelum ini. PKNS juga perlu untuk terus mengutip mata untuk memperbaiki kedudukan dalam carta kerana mereka kini berada di zon bawahan.

siaran langsung PKNS vs Pahang
siaran langsung PKNS vs Pahang

Live Streaming Liga Super 15 Julai 2017
Perlawanan boleh ditonton secara live streaming menerusi portal tonton.com.my dengan paparan HD.

Untuk keputusan penuh perlawanan, rujuk pada KEPUTUSAN LIGA SUPER 15 Julai 2017.

Grafik perlawanan kredit to page FB Johor Southern Tigers dan PKNS FC

Check Also

keputusan Liga Super 20.9.17

Keputusan Liga Super 20 September 2017

Keputusan Liga Super 20 September 2017. Enam perlawanan berlangsung dengan perebutan kedudukan kedua Liga Super …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *