Breaking News
Home » Info Sukan » Siaran Langsung JDT vs Terengganu 9.9.2016

Siaran Langsung JDT vs Terengganu 9.9.2016

Live Streaming Siaran Langsung JDT vs Terengganu 9.9.2016. Hari ini cuma satu perlawanan Liga Super Malaysia berlangsung. Apa yang pasti perlawanan ini pasti menjadi tumpuan peminat kedua pasukan namun dalam situasi berbeza.

JDT mahu mencipta kemenangan untuk memastikan kejuaraan Liga Super buat kali ketiga kerana kemenangan malam ini akan mengesahkan pasukan kedua liga iaitu Felda United tidak akan mampu lagi mengejar mata. Bagi Terengganu pula, mereka sedang bergelut dari zon penyingkiran kerana mereka hanya satu mata diatas pasukan kedua tercorot Pulau Pinang. Mahu tidak mahu, Terengganu perlu menang untuk memastikan kedudukan mereka selamat.

LIVE STREAMING JDT VS TERENGGANU 9 SEPTEMBER 2016

Kepada penyokong kedua pasukan yang tidak berkesempatan ke Stadium Tan Sri Dato Hj Hassan Yunos, Larkin boleh sahaja menonton perlawanan ini secara langsung menerusi siaran Media Prima TV9. Perlawanan bermula jam 9 malam. Live Streaming juga boleh ditonton menerusi portal tonton.com.my untuk siaran HD.

Live Streaming JDT vs Terengganu
Live Streaming JDT vs Terengganu Liga Super di Tonton.com.my dan Siaran Langsung di TV9 pada 9 September 2016

Mampukah JDT mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Super 2016 atau mampukah Terengganu mencalar rekod JDT seterusnya menyelamatkan mereka dari zon penyingkiran. Saksikan malam ini secara langsung di TV9 dan live streaming di tonton JDT vs Terengganu.

KEPUTUSAN
JDT [ 3 ] – [ 0 ] TERENGGANU
( semasa )

Check Also

Siaran Langsung Piala FA 2017

Siaran Langsung Piala FA 2017 Separuh Akhir Kedua

Aksi saingan Piala FA Malaysia 2017 semakin menuju ke kemuncak. Malam ini 13 Mei 2017 …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *