Breaking News
Home » Info Sukan » Siaran Langsung JDT vs Boeung Ket Angkor FC

Siaran Langsung JDT vs Boeung Ket Angkor FC

Siaran Langsung JDT vs Boeung Ket Angkor FC. Hari ini 21.2.2017 adalah hari yang dinantikan oleh penyokong Johor Darul Ta`zim dan peminat bolasepak di Malaysia. Aksi Piala AFC atau AFC Cup 2017 akan bermula dengan perlawanan pertama peringkat kumpulan.

Siaran Langsung JDT vs Boeung Ket Angkor FC
JDT vs Boeung Ket Angkor FC 21 Februari 2017

JDT selaku wakil dari Malaysia akan berdepan pasukan dari Cambodia dalam kumpulan F, Boeung Ket Angkor FC yang juga merupakan juara liga negara itu. Namun pasukan ini layak dari pusingan playoff.

Diatas kertas laluan untuk JDT yang juga merupakan juara Piala AFC 2015 agak mudah berdepan pasukan dari Cambodia itu. Namun segalanya akan terjawab apabila kedua pasukan akan bertemu di Stadium Larkin malam ini.

Perlawanan dijadualkan bermula pada jam 8.45 malam. Untuk yang tidak berkesempatan ke stadium anda boleh menonton Siaran Langsung JDT vs Boeung Ket Angkor FC menerusi Astro saluran FOX Sports 812 dan 832 HD atau menerusi HyppTV saluran 706 dan 707. Untuk live streaming akan dikemaskini jika ada.

Keputusan perlawanan JDT vs Boeung Ket Angkor FC 21 Februari 2017 adalah seperti dibawah.

Johor Darul Ta`zim [ 3 ] – [ 0 ] Boeung Ket Angkor FC
( fulltime )

Semoga pasukan JDT akan beroleh kemenangan dalam perlawanan pertama mereka. Ayuh bersama menyokong wakil Malaysia dalam saingan Piala AFC 2017 dengan siaran langsung di Astro FOX Sports.

Check Also

Keputusan Liga Perdana 24 Mei 2017

Keputusan Liga Perdana 24 Mei 2017

Keputusan Liga Perdana 24 Mei 2017. Lima perlawanan Liga Perdana Malaysia berlangsung untuk hari ini …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *