Breaking News
Home » Info Sukan » Siaran Langsung Final Piala Malaysia 2015

Siaran Langsung Final Piala Malaysia 2015

Live Streaming Siaran Langsung Final Piala Malaysia 2015 Selangor vs Kedah. Acara kemuncak bolasepak Malaysia tahun ini kini tiba dengan aksi perlawanan akhir yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam pada 12.12.2015 membabitkan Selangor menentang Kedah.

Final Piala Malaysia 2015 Selangor vs Kedah
Final Piala Malaysia 2015 Selangor vs Kedah

Selangor dalam misi mencapai kejuaraan kali ke 33 dimana kali terakhir mereka menjuarai adalah pada tahun 2005 manakala Kedah kali terakhir menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2008. Kedua-dua pasukan mempunyai misi tersendiri dalam perlawanan akhir atau final yang akan berlangsung pada 12 Disember 2015.

Selangor mempunyai sedikit kelebihan apabila Stadium Shah Alam dipilih selaku venue perlawanan akhir namun Kedah juga mampu mencipta kejutan. Dengan tiket ibarat goreng pisang panas, dijangka kehangatan final Piala Malaysia ini akan bertambah dengan kehadiran jumlah penyokong kedua pasukan. Namun kepada yang tidak berkesempatan atau kehabisan tiket pastikan anda menyaksikan perlawanan ini secara langsung di televisyen dan secara online live streaming.

Rangkaian Media Prima menerusi TV3 akan menyiarkan perlawanan ini secara langsung bermula 8.40 malam dan boleh juga diikuti secara online live streaming menerusi pautan dibawah.

LIVE STREAMING SELANGOR vs KEDAH

Pasukan manakah yang akan menjuarai Piala Malaysia 2015, saksikan secara langsung dan live streaming.

Check Also

Keputusan ASK 2017

Keputusan ASK 2017 Anugerah Skrin TV3

Keputusan ASK 2017 Anugerah Skrin TV3. Hari ini berlangsung malam kemuncak ASK 2017. Malam yang …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *