Breaking News
Home » Info Hiburan » Siaran Langsung Final Mentor Legend

Siaran Langsung Final Mentor Legend

Siaran Langsung Final Mentor Legend. Tiga orang Mentor dan tiga orang protege bakal berentap dalam saingan akhir mentor legend pada 22 Februari 2015. Rancangan terbitan tv3 ini bakal menjanjikan saingan sengit peserta berdasarkan kualiti yang telah mereka tunjukan dalam peringkat awal dan separuh akhir. Azmil – Dayang Nurfaizah , Aina – Ella dan Sarah – Amy Search , antara mereka siapakah yang bakal bergelar juara.

Pentas Final Mentor Legend akan bersiaran secara langsung menerusi TV3 dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam pada Ahad , jam 8.30 malam. Dalam saingan akhir ini setiap finalist dikehendaki membuat tiga persembahan iaitu secara solo , duet bersama artis pilihan dan duet bersama mentor.

Kepada peminat yang ingin mendapatkan tiket akhir boleh mendapatkannya di pondok pengawal keselamatan, Sri Pentas Bandar Utama. Bayaran sebanyak RM20 dikenakan bagi setiap tiket dan wang itu akan disalurkan untuk Tabung Bersamamu.

Selain boleh menonton secara langsung menerusi kaca televisyen anda, anda juga boleh menonton melalui portal tonton.com.my dan juga secara live streaming menerusi pautan TV3 Online dibawah.

Live Streaming Mentor Legend Akhir 

Siaran langsung live streaming mentor legend akhir
Mentor Legend Akhir

Siapakah pilihan anda sebagai juara Mentor Legend ?? Azmil , Aina atau Sarah ?

Check Also

separuh akhir piala malaysia 2017

Siaran Langsung Separuh Akhir Piala Malaysia 2017

Siaran Langsung Separuh Akhir Piala Malaysia 2017. Hari 15 Oktober ini akan berlangsung saingan separuh …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *