Breaking News
Home » Info Sukan » Siaran Langsung Final Badminton Bergu Campuran Olimpik Rio 2016

Siaran Langsung Final Badminton Bergu Campuran Olimpik Rio 2016

Live Streaming Siaran Langsung Final Badminton Bergu Campuran Olimpik Rio 2016. Pasti ramai yang menantikan detik berlangsungnya perlawanan akhir atau final penentuan pingat emas dan perak acara badminton Bergu Campuran Sukan Olimpik Rio 2016. Perlawanan ini akan berlangsung pada 17 Ogos ( waktu Rio ) lebih kurang lewat tengah malam waktu Malaysia ( 18/8 ).

Impian untuk melihat Malaysia memenangi emas pertama Olimpik sangat tinggi dengan pasangan Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying menjadi sandaran. Mampukah mereka mencipta sejarah sukan Malaysia? Paling dinantikan adalah saat lagu Negaraku berkumandang di Sukan Olimpik Rio 2016.

Badminton Olimpik 2016
Live Streaming Final Badminton Olimpik 2016 Bergu Campuran

Kepada peminat sukan badminton dan seluruh rakyat Malaysia, pastikan anda tidak ketinggalan menyaksikan perlawanan ini secara langsung di televisyen dan juga secara live streaming menerusi pautan yang disediakan dibawah. Sama-sama kita beri sokongan dari jauh buat mereka akan impian emas pertama olimpik tercapai.

Perlawanan penentuan pingat emas acara badminton bergu campuran ini akan disiarkan secara langsung menerusi RTM 1 dan juga Astro Arena 801. Boleh juga ditonton secara live streaming menerusi pautan yang disediakan.

Live Streaming RTM
– myklik.rtm.gov.my/live
– hospenyiar.rtm.gov.my/olimpik

Live streaming Astro Arena boleh ditonton dari paparan dibawah.

( siaran streaming Youtube ini disediakan oleh Astro Arena )

UPDATE KEPUTUSAN
Chan Peng Soon / Goh Liu Ying vs Tontowi Ahmad/ Liliyana Natsir 14-21 , 12-21
( bergu Malaysia mendapat pingat Perak )

Check Also

keputusan Badminton

Keputusan Badminton Sukan Olimpik 2016

Keputusan Badminton Sukan Olimpik 2016. Badminton menjadi sukan yang diberikan harapan tinggi untuk mendapatan pingat …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *