Breaking News
Home » Info Sukan » Siaran Langsung ATM vs Selangor

Siaran Langsung ATM vs Selangor

Siaran Langsung ATM vs Selangor 11 April 2015. Mana penyokong ATM ? Mana penyokong Selangor? Jom kita ke stadium malam ini , Stadium Tunku Abdul Rahman Paroi. ATM selaku tuan rumah bakal melayan Red Giants Selangor. Pasti akan ada yang tanya ada siaran langsung atau tidak. Mesti ada punya.

Live Streaming ATM vs Selangor 11 April 2015
Live Streaming ATM vs Selangor – Gambar milik FB RTM

Bagi yang tidak berkesempatan ke stadium malam ini, pastikan anda jadi ruang tamu anda sebagai stadium keluarga. Kumpul reramai santai-santai layan bola Liga Super. Malam ini mampukah ATM menyekat amukan Selangor atau The Gladiator tumbang di tangan Red Giants.

RTM menerusi TV1 akan menyiarkan perlawanan ini secara langsung bermula jam 8.40 malam. Live streaming pun ada, terus sahaja ke myklik.rtm.gov.my/tv1 . Pilih sahaja mana berkenan dihati.

Selangor kini menduduki tangga ketiga carta Liga Super manakala ATM kedua tercorot dengan prestasi kurang memberangsangkan. Namun, dalam bolasepak kejutan itu kadang-kadang berlaku.

Saksikan  siarang langsung ini di Tv1 RTM dan turun ke stadium andai anda ada kesempatan. Sokonglah bolasepak tempatan.

Check Also

Siaran langsung Piala Malaysia 18 Julai 2017

Jadual Siaran Langsung Piala Malaysia 18 Julai 2017

Siaran Langsung Piala Malaysia 18 Julai 2017. Sainga TM Piala Malaysia kembali lagi dengan lapan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *