Home » Info Hiburan » Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin Nikah 8 Februari 2016

Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin Nikah 8 Februari 2016

Majlis pernikahan yang akan menjadi tumpuan dengan tajaan jutaan ringgit. Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin Nikah 8 Februari 2016 antara perkara hangat yang menjadi tumpuan dalam industri hiburan tanahair buat masa ini. Pengumuman dibuat oleh pasangan ini di Hotel Sunway Putra.

Majlis akad nikah Shaheizy dan Syatilla akan diadakan di kediaman Syatilla di Nibong Tebal, Pulau Pinang pada 8 Februari manakala majlis resepsi sebelah pihak perempuan pada 9 Februari di Bukit Jawi Golf Club, Pulau Pinang. Manakala majlis resepsi sebelah lelaki akan diadakan pada 14 Februari di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur. Kepada peminat kedua pelakon ini, akan diadakan juga satu majlis khas buat peminat pada 20 Februari 2016.

Majlis perkahwinan kedua pasangan ini menjadi tumpuan kerana bakal mendapat tajaan sebanyak RM25 juta dari pelbagai pihak.  Antaranya tajaan itu adalah barang kemas bernilai RM20 juta dan RM5 juta lagi membabitkan persiapan majlis pernikahan dan resepsi termasuklah pakaian, dekorasi, pelamin dan cenderahati.

Tahniah buat Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin. Semoga segala perancangan membina kehidupan rumahtangga akan dipermudahkan.

Shaheizy Sam Dan Syatilla Melvin
Shaheizy Sam Dan Syatilla Melvin

Check Also

mia ahmad izham Tarmizi

Gambar Majlis Pernikahan Mia Ahmad Dan Izham Tarmizi

Gambar Majlis Pernikahan Mia Ahmad Dan Izham Tarmizi. Tahniah buat kedua pasangan yang telah selamat …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *