Home » Info Hiburan » Shaheizy Sam Bintang Paling Popular ABPBH 2014

Shaheizy Sam Bintang Paling Popular ABPBH 2014

Shaheizy Sam Bintang Paling Popular ABPBH 2014. Buat kali ketiga Shaheizy Sam melangkah keatas pentas selaku pemenang Anugerah Bintang Paling Popular bagi tahun 2014. Beliau membawa pulang hadiah utama iaitu kereta Toyota Camry bernilai RM175,000 tajaan UMW Toyota Motor Sdn Bhd berserta trofi.

Shaheizy Sam
Shaheizy Sam – Gambar NSTP

Dalam acara gilang gemilang yang diadakan di Arena of Star Genting Highlands itu, Shaheizy Sam turut menang anugerah Pelakon Filem Lelaki Popular.

Antara kata-kata dalam ucapan Shaheizy Sam selepas menerima trofi anugerah ,

Walaupun ini kali ketiga menang, saya tetap berdebar. Ramai yang nak saya sebut terima kasih tapi anda tahu siapa diri kalian yang saya gelar The Magician,

Tahniah diucapkan kepada Shaheizy Sam atas kejayaan kali ketiga bergelar Bintang Paling Popular. Sememangnya beliau layak.

Untuk mendapatkan keputusan penuh pemenang ABPBH 2014 , sila rujuk KEPUTUSAN ABPBH 2014.

Antara filem lakonan beliau yang ditayangkan sepanjang tahun 2014 adalah Adnan Sempit Sawadikap , Mamak Cupcake , Kaki Kitai, Manisnya Cinta Di Capidoccia dan Kasut Ku Kusut.

Check Also

Keputusan ABPBH 30

Keputusan ABPBH 30 Anugerah Bintang Popular

Hari ini bersiaran secara langsung Anugerah Bintang Popular Berita Harian di TV3. Beberapa anugerah utama …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *