Breaking News
Home » Motivasi » Setiap Hukum Ada Hikmahnya

Setiap Hukum Ada Hikmahnya

Dari Abdullah bin Buraidah r.a, dari bapanya katanyarasulullah s.a.w bersabda:”Dahulu aku pernah melarang kamu menziarahi kubur, maka sekarang ziarahilah. Aku pernah melarang kamu memakan daging korbanmu lebih dari tiga hari, sekarang simpanlah sekadar yang kamu perlukan. Aku pernah melarang kamu minum minuman anggur kecuali dengan gelas biasa, sekarang minumlah dengan apa jua bekas minuman. Tetapi jangan sekali-kali kamu minum minuman yang memabukkan.”
Selaku umat Islam, kita perlu jelas bahawa setiap hukum yang dibawa oleh Islam ada kaitannya dengan kesejahteraan hidup manusia sama ada dari aspek rohani mahupun jasmani, fizikal mahupun spiritual. Setiap hukum dan larangan tersebut sebagaimana yang disebutkan di dalam hadith di atasnya ada hikmahnya yang tersendiri. Hukum juga boleh berubah-ubah bergantung pada beberapa perkara seperti maslahah ummah dan kehendak zaman asalkan ia tidak menyalahi hukum dan batasan yang ditetapkan oleh syarak. (al-Quran dan sunnah). Sesungguhnya setiap suruhan dan tegahan agama itu bukanlah bermaksud untuk mengekang kebebasan individu. Ia sebenarnya untuk kebaikan bersama. Inilah tujuan utama Nabi Muhammad s.a.w diutuskan iaitu untuk memberi penerangan kepada manusia tentang tatacara kehidupan yang sebenar berlandaskan kehendak Islam.

Sekadar perkongsian untuk ingatan bersama .. Sumber JAKIM

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

5 comments

  1. betol bro. memang ada hikmah bagi setiap hukum yang ada. 🙂

  2. “betul tu kiz…akk pun dlm hidup ni mudah jer..islam pun memang agama yg tak menyusahkan…cuma kdg2 kita jer yg nk rumit2,nak serabut….”

  3. setiap larangan ada sebab musababnya. Bukan untuk menyusahkan.

  4. islam bukan sekadar satu agama tetapi sebuah ideologi kerana mencakupi aturan manusia dalam kehidupan seharian..islam adalah agama yg mudah..cuma umat manusia je yg seringkali membuatkannya jadi susah..renungkan.. 🙂

  5. jieha sokong jgk.. n jiha pon thu hukum hakam ni.. cume jiha prlu brubah ke arah muslimah..wee 😛 sikit2 lah.. jiha suke bce post mcm nie :d

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *