Home » Uncategorized » Sesungguhnya Kau Dah….

Sesungguhnya Kau Dah….

Kau ketawa bila ku kata
dunia hanya sementara
bagi kau itu tiada makna
sekadar kata bermadah pujangga
Sesungguhnya kau dah terleka

Kau jatuh dikala sedang ria
gelap dunia gelita minda
Tapi kau tak juga terima
takdir jua di tuding penyebab angkara
Sesungguhnya kau dah lupa

Terbujur lemah tanpa suara
namun hati keras membatu jua
di bisik kalimah mutiara jiwa
kau tuli tanpa dapat menerima
Sesungguhnya kau dah terlambat..

Sedetik terkenang jua
satu persatu dosa di tayang semula
Apakan daya di penghujung masa
tiada daya seperti seawal usia
Sesungguhnya kau telah pergi..

kiz-disuatu sudut dunia,n9-
salam ramadan..

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

2 comments

  1. sayu betul puisi ni.huhu

  2. kalau puisi shida kalah hehe..nice kiz..shida flu kuat nih tp BW juga kat blog2 fav hehe 🙂

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *