Home » Uncategorized » Sesuatu Yang Tertinggal Sinopsis Dan Trailer

Sesuatu Yang Tertinggal Sinopsis Dan Trailer

Filem | Sinopsis Sesuatu Yang Tertinggal – Sesuatu yang tertinggal merupakan sebuah filem genre seram.Filem ini bakal menjadi filem melayu baru pertama yang bakal ditayangkan dipawagam dibawah syarat wajib tayang Finas pada 5 Januari 2012.Filem ini merupakan filem arahan Asrull Hisyam.pelakon utama filem Sesuatu Yang Tertinggal bakal dibarisi oleh Sara Ali,Zahiril Adzim dan Shera Aiyob sebagai pelakon utama.

SINOPSIS SESUATU YANG TERTINGGAL – Filem seram ini mengisahkan enam orang penghuni rumah anak yatim,yang melalui satu pengalaman yang menghantui mereka ketika menetap di sebuah rumah lama. Cerita bermula apabila mereka dan penghuni-penghuni Rumah Anak Yatim Setia harus berpindah ke sebuah rumah yang telah diwakafkan oleh seorang lelaki. Rumah itu adalah milik arwah datuknya.
Sebuah almari antik telah dijumpai oleh anak-anak yatim tersebut semasa proses pembersihan dan mereka mengambil keputusan untuk mengalihkan almari itu ke bilik yang lain. Semasa mereka memindahkan almari tersebut, ia tergelincir dan menyebabkan lantai kayu usang terkopak. Arshad menjumpai sebuah cermin muka tua melalui celahan bahagian yang terkopak dan menghadiahkan kepada Mona tanpa mengetahui bahawa cermin itu bakal menjerumuskan mereka ke ambang kemisterian. Mona berubah sikap.
Bella, pelajar yang sering memperlekehkan Mona di sekolah dan seorang pengawas sekolah yang menyukai Mona telah dikejutkan dengan peristiwa ngeri yang menimpa mereka. Daud pula cuba meyakinkan Arshad bahawa Mona telah dirasuk melalui penelitiannya terhadap komik-komik seramnya. Akhirnya mereka merancang sesuatu untuk memerangkap kuasa yang telah mendampingi Mona. Berjayakah mereka? Apakah sebenarnya yang mengganggu hidup Mona? Adakah cermin lama dan almari antik yang berada di dalam rumah lama itu saling bersangkut paut?

Trailer Filem Sesuatu Yang Tertinggal

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *