Menu Tutup

Seronok Betullah Kalau Macam Ni

Sungguh..serius memang aku suka macam ni.Tak kisah pun kalau kau nak slow macam siput ke..nak jadi siput terus ke..tak per..aku reda je..( ayat nak pujuk hati sendiri ni ) hahaha..gelak puas puas.

Suka apa eh? biasalah kalau dah sebut pasal slow ni mestilah berkait rapat tak pun memang dakap ketat ketat tentang internet.Tengahari je dia mula malas nak lari laju laju.Tahulah panas..tapi dengan perangai engkau yang suka suka hati tak mau lari laju laju tu memang boleh bikin aku yang panas..

Sabar sabar sabar..!! benda buatan manusia secanggih mana pun memang takkan sempurna seperti ciptaanNya.redha je lah..tapi bila dah redup menjelang petang bawa ke malam laju plak dia berlari..mungkin dah sejuk..dia nak panaskan diri kot…

Jangan marah kalau entry aku ni macam merepek..haha..

5 Comments

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *