Breaking News
Home » Info Sukan » Senarai Pemain Skuad Malaysia Menentang Arsenal Dan Manchester City

Senarai Pemain Skuad Malaysia Menentang Arsenal Dan Manchester City

Senarai Pemain Skuad Malaysia | Malaysia vs Arsenal | Malaysia vs Manchester City – Jurulatih skuad kebangsaan Datuk K. Rajagopal telah pun menyenaraikan 27 pemain yang bakal beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang Arsenal dan Manchester City.

Rajagobal masih mengekalkan penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan) dan Farizal Marlias (Negeri Sembilan) untuk menjaga gawang. Pertahanan pula bakal diketuai Aidil Zafuan Abd Razak (ATM) diikuti rakan sepasukannya Amiridzwan Taj Tajudin dan Mohd Azmi Muslim manakala pemain pertahanan lain ialah Bunyamin Umar (Selangor) S. Subramaniam (Kelantan) Faizal Muhamad (Terengganu) Mahalli Jasuli dan Fadhli Mohd. Shas (Harimau Muda A).

Barisan tengah bakal dikemudi oleh ketua pasukan, Safiq Rahim (Selangor) bersama Amar Rohidan (Kedah), Shahurain Abu Samah, S. Kunanlan (Negeri Sembilan), Shakir Shaari (Kelantan) dan Mohamad Ashaari Samsudin (Terengganu). Safee Sali akan mengetuai rangkaian serangan yang turut dibarisi Ahmad Shakir Md. Ali (Negeri Sembilan), Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan) Azamuddin Mohd. Akil dan (Pahang).

Selain itu lima pemain yang dipanggil semula adalah Baddrol Bakhtiar, Mohd. Khyril Muhymeen Zambri (Kedah), Asraruddin Putra Omar, Norazlan Razali (Selangor), Muslim Ahmad (Terengganu) dan Yong Kuong Yong (Felda United). Turut tersenarai pemain bawah 22 negara Rozaimi Abd Rahman.

Check Also

Keputusan ASK 2017

Keputusan ASK 2017 Anugerah Skrin TV3

Keputusan ASK 2017 Anugerah Skrin TV3. Hari ini berlangsung malam kemuncak ASK 2017. Malam yang …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *