Breaking News
Home » Info Sukan » Senarai Pemain NS Matrix 2015

Senarai Pemain NS Matrix 2015

Senarai Pemain NS Matrix 2015. Pasukan yang diberi nafas baru dan penjenamaan semula Negeri Sembilan atau kini dikenali dengan NS Matrix antara pasukan yang dijangka mampu menguasai saingan Liga Perdana ( Premier ) 2015. Dengan barisan pemain baru hasil gabungan pemain senior dan muda pasukan ini dijangka memberi cabaran besar untuk mencipta kejayaan. Rekod kemenangan dalam perlawanan pra musim juga mengambarkan kesungguhan NS Matrix untuk kembali menggegar dalam kancah Liga Malaysia.

Pasukan NS Matrix bakal mendapat sentuhan jurulatih K Devan yang pernah bersama pasukan ini sebelum ini. Pemain senior Rezal Zambery b. Yahya dilantik sebagai kapten pasukan bagi membimbing pemain muda. Pengalaman pemain berumur 37 tahun ini pasti membantu dalam membina semula pasukan.

Senarai Pemain NS Matrix 2015
Senarai Pemain NS Matrix 2015

Senarai Pemain Liga Premier 2015 Negeri Sembilan :

Ketua Pasukan : Rezal Zambery b. Yahya (23)

Posisi Penjaga Gol : Mohd Helmi Eliza b. Elias (1), Mohd Kaharuddin b. Abd Rahman (22) dan Mohd Yatim bin Abdullah (30)

Posisi Pertahanan : Azizi b. Matt Rose (2), Mohd Fauzie b. Nan (3), Mohd Fazliata b. Taib (5), Mohd Radzuan b. Abdullah (6), Irwan Fadzli Idrus (21), Segar a/l Arumugam (26) dan Jean Marc Alexendre (4).

Posisi Tengah : Ahmad Fauzi bin Saari (7),Shahrizal b. Mohd Saad (8), Puaneswaran a/l Gunasekaran (12), Kavichelvan a/l Vivekandanthn (14), Mohd Akmal b. Mohd Noor (17), Mohd Dzaidin b. Zainudin (20), Rezal Zambery b. Yahya (23), Ahmad Hazeri b. Hamid (25) dan Mohd Izzuddin b. Zainudin (27).

Posisi Penyerang : Rudie b. Ramli (11), Sivanesan a/l Shanmugam (16), Mohd Khyril Muhymeen b. Zambri (18), Francis Forkey Doe (9), Bruno Sebastian Martelotto (10) dan Kim Jim Ryong (15)

logo baru PBNS
logo baru PBNS

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *