Breaking News
Home » Info Sukan » Senarai Pemain Malaysia XI vs Liverpool

Senarai Pemain Malaysia XI vs Liverpool

Senarai Pemain Malaysia XI vs Liverpool. Perlawanan persahabatan yang dinantikan terutama oleh peminat Liverpool di Malaysia dan negara jiran berhampiran. Perlawanan akan berlangsung pada 24 Julai 2015 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Jurulatih Kebangsaan Malaysia, Dollah Salleh bakal mempertaruhkan beberapa muka baru dalam skuad kali ini dengan tanpa seorang pun pemain yang dipanggil dari pasukan JDT. Lima pemain baharu yang dipanggil ialah penjaga gol Zamir Selamat (Perak), Razman Roslan (Pahang), Nazirul Naim Che Hashim (Harimau Muda B), Baddrol Bakhtiar (Kedah) dan Norshahrul Idlan Talaha (Terengganu).

Lima pemain import disenaraikan adalah  Ashfaq Ali (PDRM), Robert Cornthwaite (Selangor) dan Thiago Junio Aquino (Perak) Dickson Nwakaeme (Pahang) dan Zah Rahan Krangar (Felda United).

Berikut adalah senarai penuh pemain yang akan menjalani latihan dalam persiapan bertemu Liverpool pada 24.7.2015.

Malaysia XI vs Liverpool
Malaysia XI vs Liverpool 24 Julai 2015

PENJAGA GOL: Zamir Selamat, Khairul Azhan Khalid

PERTAHANAN: Afif Amiruddin, Razman Roslan, Yong Kuong Yong, Zubir Azmi, Nazirul Naim Che Hashim, Robert Cornthwaite, Thiago Junio Aquino

TENGAH: Nasir Basharuddin, Baddrol Bakhtiar, Azammuddin Akil, Ahmad Syamim Yahya, Ahmad Hazwan Bakri, Joseph Kalang Tie, Zah Rahan Krangar

PENYERANG: Norshahrul Idlan Talaha, Afiq Azmi, Dickson Nwakaeme, Ashfaq Ali

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *