Home » Info Sukan » Senarai Pemain Malaysia vs Oman

Senarai Pemain Malaysia vs Oman

Senarai Pemain Malaysia vs Oman. Jurulatih kebangsaan, Dollah Salleh telah pun mengumumkan senarai 20 pemain yang akan disenaraikan untuk berdepan Oman pada 26 Mac 2015 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa.

Dari senarai yang dikeluarkan itu , hanya 13 pemain dari skuad Piala AFF Suzuki 2014 dikekalkan dan selebihnya adalah pemain baru. Farizal Marlias, Khairul Azhan Khalid, S Kunanlan, Fadhli Shas, Muslim Ahmad, Afif Amiruddin, Zubir Azmi, Safiq Rahim, Amri Yahyah, Indra Putra Mahayuddin, Baddrol Bakhtiar, Abdul Manaf Mamat dan Norshahrul Idlan Talaha adalah pemain yang dikekalkan.

Sembilan pemain yang gugur adalah Khairul Fahmi Che Mat, Safee Sali, Badhri Radzi, Mahali Jasuli, Hafiz Kamal. Sementara Azmi Muslim (Selangor) dan Azammuddin Akil (Pahang) mengalami kecederaan. Gary Steven Robbat menjalani penggantungan tiga bulan manakala bekas kapten, Shukor Adan sudah mengumumkan persaraan di pentas antarabangsa.

harimau malaya
harimau malaya

Berikut adalah senarai penuh pemain Malaysia untuk perlawanan bertemu Oman

Penjaga gol
Farizal Marlias (JDT), Khairul Azhan Khalid (PAH)

Pertahanan
S Kunanlan, Fadhli Shas dan Junior Eldstal (JDT), Muslim Ahmad dan Afif Amiruddin (PDRM), Zubir Azmi (TER), Che Rashid Che Halim (JDT II)

Tengah
Safiq Rahim, Amri Yahyah dan S Chanturu (JDT), Indra Putra Mahayuddin dan Ahmad Syamim Yahya (FELDA), Baddrol Bakhtiar (KED), Joseph Kalang Tie (SAR), Akram Mahinan (JDT II)

Penyerang
Norshahrul Idlan Talaha (ATM), Abdul Manaf Mamat (TER), Ahmad Hazwan Bakri (SEL)

Senarai menunggu : Khairul Fahmi Che Mat (KEL), Safee Sali (JDT), Wan Zack Haikal Wan Nor (KEL), R Gopinathan (PAH), K Gurusamy (SEL)

SELAMANYA HARIMAU MALAYA 

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *