Breaking News
Home » Info Sukan » Senarai Pemain JDT 2017

Senarai Pemain JDT 2017

Senarai Pemain JDT 2017. Menjelang permulaan musim Liga Malaysia yang melibatkan Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia pasti setiap pasukan akan membuat persiapan rapi. Antara yang menjadi tumpuan peminat adalah senarai pemain yang akan mewakili pasukan.

JDT atau Johor Darul Ta`zim adalah pasukan tumpuan sudah pasti apa sahaja perkembangan terkini juara tiga kali berturut-turut Liga Super itu akan diikuti. Apa lagi untuk persiapan mereka menghadapi perlawanan playoff Juara-Juara Asia dan jika tidak layak pun mereka masih akan bersaing dalam Piala AFC 2017. JDT juara AFC Cup 2015 dan semi finals 2016.

senarai pemain jdt 2017
Senarai pemain JDT Johor Darul Ta`zim 2017

Pemain akan datang dan pergi. Apa yang pasti tahun 2017 JDT membariskan ramai pemain muda yang berbakat. Setiap posisi memang mantap dan boleh dikatakan pemain utama dan simpanan sama sahaja. Ditambah dengan pemain import baru yang mempunyai rekod cemerlang bersama kelab terdahulu.

Siapakah pemain yang akan mewakili JDT musim 2017. Dibawah kami kongsikan senarai penuh pemain JDT untuk tahun ini.

SENARAI PEMAIN JDT 2017

Penjaga gol
Farizal Marlias
Mohd Izham Tarmizi
Haziq Nadzli

Pertahanan
Marcos António
Aidil Zafuan
Muhammad Fazly Mazlan
Mahali Jasuli
Fadhli Shas
S.Kunanlan
Mohd Azrif Nasrulhaq
Hasbullah Abu Bakar
Dominic Tan

Tengah
Azamuddin Akil
Amirul Hadi Zainal
Mohd Safiq Rahim
Gary Steven Robbat
Hariss Harun
Mohd Shakir Shaari
S.Chanturu
Junior Eldstål
Nazmi Faiz
R.Gopinathan
Gonzalo Cabrera

Penyerang
Darren Lok Yee Deng
Syahrul Azwari Ibrahim
Ahmad Hazwan Bakri
Safawi Rasid
Brian Ferreira
Jerónimo Barrales

Dengan barisan dan senarai nama diatas, JDT boleh dikatakan bakal mengekalkan rentak cemerlang mereka untuk 2017. Ujian pertama adalah mempertahankan Piala Sumbangsih pada 20 Januari 2017 menentang juara Piala Malaysia Kedah. Perlawanan ini juga merupakan perlawanan untuk saingan Liga Super.

Check Also

Keputusan Liga Super 15 april 2017

Keputusan Liga Super 15 April 2017

Enam perlawanan akan berlangsung untuk aksi Liga Super Malaysia 2017. Beberapa perlawanan sudah pasti menjadi …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *