Breaking News
Home » Info Sukan » Senarai Pemain Import Kelantan 2016

Senarai Pemain Import Kelantan 2016

Senarai Pemain Import Kelantan 2016 atau akan dikenali dengan nama Pamoga Qu Puteh The Red Warriors PQPTRW lengkap setelah pasukan itu megesahkan tiga lagi pemain yang akan menandatangani kontrak bersama mereka.

Senarai Import PQPTRW Kelantan 2016

Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa dalam laman Facebook miliknya telah menamakan tiga pemain import yang akan memperkuatkan pasukan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) bersama seorang lagi pemain import musim lalu yang dikekalkan.

PEMAIN IMPORT PQPTRW
1- Jonatan Lucca ( Brazil )
2- Dramane Traore ( Mali )
3- Blache Ilijoski ( Macedonia )
4- Jonathan McKain

Untuk rekod, Jonathan Lucca adalah pemain tengah yang pernah bermain bersama pasukan AS Roma dalam Serie A Itali. Manakala Dramane Traore merupakan penjaring terbanyak Liga Super 2015 ketika bersama pasukan PDRM dan dijangka digandingkan dengan seorang lagi penyerang baru iaitu Blache Ilijoski yang juga merupakan penyerang kebangsaan Macedonia.

Majlis memperkenalkan skuad Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) kepada penyokong akan diadakan pada jam 8 malam di Stadium Sultan Muhammad IV sebelum perlawanan persahabatan menentang pasukan Kuala Lumpur pada 2 Februari 2016

Check Also

Siaran langsung Liga Super 15 julai 2017

Siaran Langsung Liga Super 15 Julai 2017

Siaran Langsung Liga Super 15 Julai 2017. Enam lagi perlawanan Liga Super berlangsung. Hari ini …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *