Breaking News
Home » Uncategorized » Senarai Nama Pemilih Dengan Rekod Meragukan Akan Dipamer SPR

Senarai Nama Pemilih Dengan Rekod Meragukan Akan Dipamer SPR

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mula mempamerkan senarai nama pemilih dengan rekod yang meragukan bermula khamis ini 27 ok tober 2011.Sejumlah 42,051 nama pemilih yang rekodnya tidak dapat disahkan kesahihan maklumatnya selama seminggu.Nama pemilih berkenaan akan dipamerkan bersama daftar pemilih tambahan suku ketiga tahun ini di 987 tempat pameran seluruh negara.

Tujuan SPR mengeluarkan nama pemilih berkenaan daripada Daftar Pemilih ialah kerana mereka ini didapati sudah meninggal dunia, lucut hak warganegara, bersara daripada angkatan tentera dan polis yang bermakna mereka hilang kelayakan sebagai seorang pemilih pos dan sebagainya.Sejak Julai hingga 15 September lalu, SPR mengeluarkan 69,293 nama daripada rekod pemilih berdaftar selepas disahkan meninggal dunia.Selain itu SPR memotong 1,068 nama pemilih berdaftar yang disahkan sudah dilucutkan kewarganegaraan oleh JPN.

Bantahan ke atas kemasukan nama mana-mana orang di dalam daftar pemilih yang dipamerkan boleh dilakukan dengan menggunakan Borang C.SPR menasihatkan mereka yang ingin membuat bantahan memastikan bantahan adalah berdasarkan kepada alasan kukuh dan tidak dibuat secara melulu. 

Jadi apa tunggu lagi..jom semak..!!!

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

One comment

  1. eloklah tuh..baru orang2 akan puas hati dengan ketelusan SPR..patutnya dari dulu lagi SPR kena wat tindakan..

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *